Friday, May 22, 2009

TENTANG CINTA


Assalamualaikum kepada semua pembaca yang budiman terutamanya engkau yang bergelar wanita..

Ketika ini, hati begitu kuat untuk berkongsi pengalaman tentang CINTA. Semalam seorang pelajar saya datang bertanya kepada saya, Puan kenapa kita perlu jatuh cinta? Kenapa jika di Universiti mesti bercinta (couple)? Saya lantas menguntumkan sebuah senyuman yang indah padanya. Dia bertanya lagi, kenapa puan senyum? Lalu saya mula berkongsi ilmu dan pengalaman tentang cinta padanya (pelajar saya cukup gembira dan tenang selepas itu).


Para pembaca sekalian,

Memang tidak dinafikan persoalan Cinta adalah satu subjek yang sukar untuk dirungkai atau dibincangkan. Cinta mempunyai banyak definisi, maksud dan pengertian mengikut pandangan yang empunya diri masing-masing. Cinta tiada jawapan yang tepat. Cinta itu begitu subjektif. Cinta juga boleh memberi kebahagian atau kemusnahan pada kehidupan. Terpulanglah bagaimana seseorang itu mencanainya.


Cinta adalah isu yang begitu lama diperkatakan. Cinta telah wujud ketika kewujudan Nabi Adam a.s lagi. Cinta Nabi Adam a.s mula berputik apabila baginda melihat sepasang burung dua sejoli bercinta. Lantas tumbuhlah bibit-bibit perasaan Cinta di dalam hati baginda. "Alangkah indahnya sekiranya aku mempunyai pasangan hidup, sudah tentu aku tidak akan merasa keseorangan". (saya terjemahkan ungkapan perasaan Nabi dalam bentuk ayat saya sendiri, lebih kuranglah berbunyi macamtu...). Mendengar rintihan hati Nabi Adam a.s, Allah swt mengiakan impian baginda. Maka diciptakan Siti Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s untuk melengkapkan perasaan tersebut. Alangkah bahagianya baginda ketika itu..Ya memang cinta membuahkan sebuah kebahagian.


Namun, Kekadang cinta akan membawa kemusnahan. Apabila cinta itu tidak dilandaskan dengan Syariat Allah. Cinta yang dasarnya terpatri kerana hawa nafsu. Cinta yang dibina kerana keseronokan duniawi semata-mata. Sebagaimana pengajaran dan peringatan Allah kepada Nabi Adam a.s terhadap cinta terlarang. Di mana Nabi adam a.s telah memakan makanan (buah khuldi) dalam taman larangan yang menjadi lambang nafsu kehidupan duniawi yang menyebabkan Nabi Adam a.s dicampakkan ke dunia. Pengajaran ini telah jelas dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai panduan dan pedoman hidup manusia di dunia.


Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat untuk kita sama-sama bermuhasabah diri.." Cinta kalau bahasanya hati, itulah cinta hakiki. Cinta jika dasarnya Rabbi, Itulah cinta sejati. CINTA pasti diuji kerana mencari sebuah cinta yang hakiki pasti jalannya beronak duri..." Seperti ada pepatah mulia menyatakan " Perjuangan itu pahit, kerana SYURGA itu manis". InsyaAllah kita jumpa di lain bicara...


Pedoman Hidup :


" Cintailah sesuatu itu sekadarnya, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika...Bencilah yang engkau benci itu sekadarnya , berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika..."

Wednesday, May 20, 2009

FOR YOU WOMEN!



Dear Allah…

The lady reading this
is beautiful, classy and
strong, and I love her.

Help her live her life to the fullest.
Please promote her and
cause her to excel above her expectations.

Help her shine in the
darkest places where it is impossible to love.

Protect her at all times,
lift her up when she needs you the most,
and
let her know when she
walks with you,

She will always be safe.

Love You All Women!!




MOTIVASI DIRI

SALAM PAGI BUAT WANITA YANG DIKASIHI

Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan kepadaNYA di atas segala nikmat-nikmat yang diberikan. Jika direnung betapa hebatnya Allah menjadikan apa yang ada di langit dan di bumi. Tanpa meminta walau sedikitpun balasan daripada hamba-hambanya. Hanya sekadar kita mengucapkan tasbih, tahmid dan syukur kepadaNYA, Allah akan memberi ganjaran yang besar kepada kita semua. Begitu hebatnya pencipta kita. Salah satu kehebatan yang Allah bagi kepada hambaNYa yang bergelar wanita iaitu kehebatan wanita itu terletak di tangannya.
Mengapa saya mengatakan sedemikian???
Kejayaan sesuatu masyarakat / generasi dulu , sekarang dan akan datang mampu dicorak oleh seorang yang bergelar wanita. Di tangan wanita adalah kunci yang akan membuka pintu kemenangan atau sebaliknya. Anda yang mencoraknya.. Begitu hebatkan wanita itu. So, kehebatan itu akan lebih terpancar apabila wanita itu menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup.

Indah dan hebatnya wanita itu.. Rasa terpaku sejenak diri ini, apabila lajunya tangan ini meluahkan rasa hati yang terbuku ketika ini. Rasa bahagia menjadi wanita yang dicintaiNYA. Apabila suruhanNYA diikuti, LaranganNYA dijauhi. Ya, betullah apa diungkapkan dalam firmanNYA yang berbunyi " Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa serta bersuku-suku, supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling MULIA di antara kamu di sisi Allah, ialah Orang Yang Paling TAQWA di antara kamu " (al-Hujurat:13).


Semoga kita menjadi hambaNYA yang dicintai.

Pedoman Hidup:
" Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau..."

PESANAN BUATMU BERNAMA WANITA!

Wanita..
Makhluk ciptaan-Nya yang sangat unik.
Wanita antara senjata yang paling ampuh
membawa kepada kemusnahan @ keindahan.
Wanita..
Jangan mahu dikuasai oleh perasaan yang tidak berasas,
Terima dan nikmatilah apa yang ada,
Kerana segalanya akan berakhir sebagaimana ia bermula.
Bagaimana????
Dua pengubat yang perlu ditanam kukuh di dalam jiwamu wahai wanita. Sifat Redha dan Berlapang dada merupakan sikap hidup yang sangat baik. Sikap ini dapat membantu mengusir kegelisahan dan membantumu mencapai kejayaan dalam setiap apa yang engkau inginkan.

Semalam saya sempat mengutip mutiara tazkirah ketika bersolat dimasjid daripada seorang ustaz. Beliau menyatakan, sifat redha dan rela/berlapang dada perlu di tanam dalam diri sepanjang menjalani kehidupan ini. Sebagai contoh, mengapa perlu kita menangis @ bersedih apabila berjauhan dengan orang yang kita sayangi. Kerana kesedihan itu hanya sia-sia. Walaupun kita tangisi perkara itu tetapi hakikat kita tetap berjauhan jua. Seharusnya kita berlapang dada, redha dan rela dengan ketentuan-NYA . Kerana setiap yang Allah bagi kepada hambaNYa, pasti ada kemanisan di hujungnya. Emm...terfikir sejenak diri ini..adakah kedua-dua sifat ini tertanam kukuh di dalam diri? Semoga Allah memberi kekuatan dan Kerahmatan buat diri ini dan kita semua.

Wanita,
Terkadang kita suka pada apa yang kita inginkan, tetapi sebenarnya memberi keburukan kepada kita. Terkadang apa yang kita tidak suka, sebenarnya itulah yang mendatangkan kebaikan kepada kita. So, mohonlah selalu pada-NYA supaya diberi petunjuk dan ilham dalam setiap keputusan @ tindakan yang kita ambil. Moga keberkatan itu sentiasa bersama-sama.
Pedoman Hidup;

"Redhalah dengan apa yang anda perolehi, terimalah pemberian Allah dengan seadanya. Lupakanlah angan-angan yang tidak sesuai dengan apa yang anda usahakan, dan di luar kemampuan."

Tuesday, May 19, 2009

SALAM KASIH SAYANG KEPADA SEMUA

PERMULAAN BUAT DIRI INI

Kehebatan seseorang itu bukan mudah untuk dilihat secara terus. Kadangkala melalui pengalaman, pembacaan, perkongsian dan persekitaran mampu menjadikan seseorang itu untuk melakukan apa yang tidak terfikir olehnya. Begitulah dengan diri saya. Seseorang yang tidak gemar menulis, meluahkan segala luahan hati dan rasa dalam bentuk penulisan. Tetapi setelah keinginan itu hadir, rasa seronok pula meluahkan apa sahaja yang terpendam di dalam kotak fikiran, di dalam benak jiwa dan perasaan. Ya, memang seronok. Apa yang penting, setiap apa yang ditulis, diluah dan digambarkan dalam penulisan ini nanti, mampu memberi satu perkongsian ilmu, cetusan rasa untuk dikongsi bersama-sama. Inilah lumrah kehidupan. Penuh dengan perkongsian. Tanpa itu semua, pastinya dunia ini tidak ada warna-warninya.
Pedoman Hidup;
" Kebaikan itu sangat mudah; muka yang berseri-seri dan kalam (perkataan/tulisan) yang lemah lembut" (riwayat Ibnu Umar)


Kehidupan ini akan indah atau suram..so terpulang kepada empunya diri untuk mencoraknya :)

Sunday, May 17, 2009

Puisi Dari Suamiku

“WANITA ITU”

Wanita itu Matanya ayu
Wanita itu Suaranya merdu
Wanita itu Tuturnya laju
Wanita itu Hatinya salju
Wanita itu Sifatnya cemburu
Wanita itu Nasihatnya bayu
Wanita itu Jiwanya jitu
Wanita itu Penawar hatiku
Wanita itu Penunduk nafsuku
Wanita itu Pembantu setiaku
Wanita itu Permaisuri hidupku
Wanita itu Dialah isteriku
Terima kasih untuk mu
Wahai “wanita itu”



Nukilan rasa luahan jiwa
“Lelaki Ini”
Suamimu..



Puisi di atas adalah hadiah daripada suami saya yang tercinta. Semoga rumahtangga kami kekal bahagia sehingga ke syurga.

wassalam

Selamat Hari Guru!

Salam perpaduan!

Selamat hari guru saya ucapkan kepada semua warga pendidik. Terutamanya kepada guru-guru yang telah mendidik saya sehingga menjadi seorang Pegawai Psikologi pada hari ini.Tanpa guru siapalah kita semua. Saya ingin titipkan sebuah sajak yang telah dinukilkan oleh Almarhum SN Usman Awang yang bertajuk "Guru Oh Guru"

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Terima kasih guru-guruku. semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu.
Wassalam.