Monday, August 24, 2009

RAMADHAN KAU HADIR LAGI!


RAMADHAN...
KINI KAU HADIR LAGI..
MEMBAWA PENGERTIAN..
YANG PERLU DISELONGKAR OLEH HATI SETIAP INSANI..

RAMADHAN..
KEHADIRANMU SENTIASA DITUNGGU..
KERANA "ENGKAU" MEMBERI SEJUTA PENGHARAPAN..
KEPADA HATI YANG SENTIASA MENCARI REDHA KEKASIH-MU..

RAMADHAN...
KEHADIRANMU KALI INI..
MEMBAWA SEJUTA PENGHARAPAN..
UNTUK AKU MERASAI NIKMAT KEMANISAN IMAN INI...

RAMADHAN...
KEHADIRANMU KALI INI...
MEMBUAT HATIKU SERING MENGUCAPKAN SYUKRAN...
KERANA "DIA" MEMBERIKU NIKMAT YANG TIADA NILAINYA DIHATI INI..

TERIMA KASIH YA ALLAH..
DI ATAS PEMBERIAN INI KEPADA HAMBA YANG HINA..
SEMOGA AKU MASIH DAPAT MENIKMATI RAMADHAN YANG AKAN DATANG..

"Selamat menjalani ibadah puasa, semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu. Salam kemaafan kepada semua di atas kekhilafan diri yang tidak pernah lekang pada setiap insan yang bernama manusia"..

Monday, August 17, 2009

BOLEHKAH DIRI INI MENJADI SEPERTI AISYA HUMAIRA???


Saudariku muslimat...

Ingin kukongsikan kehebatan peribadi Srikandi Islam "Aisya Humaira" melalui lirik lagu ini. Berulang-ulang kali ku dengar, ku hayati, ku selami dan ku fahami isinya.... lantas hati menyatakan betapa agungnya kemuliaan peribadi wanita itu... Membayangkan betapa cantik dan indahnya wajahnya, namun keperibadiannya menandingi segala-galanya... Beruntungnya wanita itu, sekiranya dapat mencontohi dan menjadikan idola di dalam membentuk keperibadian wanita yang dikasihi Allah.

WAJAH BERSERI PIPI KEMERAHAN
ENGKAU DIGELAR AISYA HUMAIRA
NAMUN BUKAN INGIN KU BICARAKAN
HINGGA DIRIMU JADI SANJUNGAN
TETAPI MERAHNYA DARAH PERJUANGAN
PENIUP SEMANGAT SUAMI

KHABAR AL-IFQI SATU TITIK PEMULA
TELAH MENCALAR KEBAHAGIAAN
FITNAH MUNAFIQUN TAK KENAL SESIAPA
INSAN YANG MULIA ATAU SAHAYA
HATTA DIRIMU UMMAHATUL MUKMININ
YANG SETANDING AL-MUKHATSHIRIN

USAH DITANYAKAN MENGAPA
LEWATNYA TURUN WAHYU ITU
BAGI MEMBUKTIKAN KEPALSUAN
TUDUHAN SEORANG PENDUSTA

TAPI LIHATLAH HIKMAHNYA
DI SEBALIK TIAP KEJADIAN YANG TELAH BERLAKU
TUHAN TIDAK AKAN PERNAH MEMPERSIA-SIA
KETABAHAN SEORANG INSAN
DALAM MENGHARUNGI ARUS KEHIDUPAN
YANG PENUH MEHNAH UJIAN

TAK KAN TERHIDU HARUM MEWANGI
JIKA TAK DINYALAKAN SETANGGI
TAK KAN TERASA MANISNYA HIDUP
ANDAI TAK DILAMBUNG GELORA

ENGKAU ISTERI SEJATI
YANG MEMANGKU NABI
SAAT HUJUNG NYAWA KAN PERGI
SUNGGUH BERUNTUNGNYA DIKAU
PUNYAI SUAMI YANG AMAT
MENGASIHI UMATNYA
DIA INSAN YANG MULIA
KAU SEMADIKANNYA DI RUANG KAMARMU.....

Saudariku, saya amat tertarik dengan lirik lagu ini yang juga berbunyi " Takkan terasa manisnya hidup, andai tak dilambung gelora". Sebenarnya kehidupan ini pasti tidak lari dari masalah, cabaran, dugaan dan ujian. Allah menciptakan semua itu ada hikmahnya tersendiri dan itulah psikologi Allah di dalam membina ketabahan seseorang hambaNya dan merasai sifat-sifat Allah yang Maha Sabar, Syukur, Berlapang Dada dan Rasa Tawadhuk sehinggakan melahirkan sifat ketaqwaan dalam diri. Firman Allah swt, mahfumNya: " Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan Jiwanya. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya". (As-Syams:9-10)

Pedoman Hidup;

" Allah itu menguji setiap hambaNya, mengikut kemampuannya. Usahlah, ditanya kenapa ujian Allah datang kerana Dia berhak untuk menguji hambaNya".

Sunday, August 16, 2009

WANITA OH WANITA!

Renungan buat insan yang bergelar wanita.

Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita....
Betapa bertuahnya menjadi wanita....
Bersyukurlah kerana menjadi wanita....

Istimewanya Wanita Itu Kerana:

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doaorang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihatisterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tolaemas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak"Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

48. "Wakai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

50. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

Bicara Hati;

Beruntungnya wanita kerana darjatnya telah diangkat...
Beruntungnya wanita itu sekiranya menjadi penyejuk di mata dan penawar di hati suaminya..
Beruntungnya wanita itu sekiranya para suami memahami jiwa dan kehendaknya...
Beruntungnya wanita itu sekiranya mempunyai suami yang soleh...
Beruntungnya wanita itu sekiranya ia mampu menjadi peniup semangat perjuangan pada suami....
Beruntungnya wanita itu sekiranya dirinya dihargai dan difahami...
Beruntungnya wanita itu sekiranya ia mampu melaksanakan segala kewajipannya di sisi suami...
Beruntungnya wanita itu sekiranya dirinya tidak dikhianati oleh lelaki bernama suami...
Beruntungnya wanita itu sekiranya ia pemberi semangat dan kebaikan serta kebahagian pada suaminya...

Namun, Wahai para suami....
Usah menginginkan isteri yang solehah, jika dirimu tidak mampu untuk engkau bentuk agar menjadi suami yang soleh..
Usah menginginkan kebahagian dan kebaikan daripada isterimu, jika engkau sendiri tidak mampu untuk memperlihatkan keperibadian dan akhlaq yang mulia..
Usah kau tanyakan kenapa dan mengapa isterimu begini dan begitu, jika engkau sendiri jarang bermuhasabah pada dirimu sendiri...

Penciptaan manusia adalah berpasang-pasangan...saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Semoga kebahagian yang ingin dikecapi dalam melayari kehidupan rumahtangga akan dikecapi hingga ke syurga..

Pedoman Hidup:

"Kehidupan adalah perjuangan, Ibarat gelombang, sentiasa ada pasang surutnya?????"

Thursday, August 6, 2009

ERTI CINTA SUCI???

CINTA KERANA ALLAH!!!
Hari ini ingin kupaparkan perbicaraan "CINTA KERANA ALLAH". Ku kongsikan ilmu ini berdasarkan ilmu yang kuperolehi, ku pelajari dan kufahami melalui pembacaan, pengalaman dan pendidikan. Tertarik minat yang mendalam untuk menulisnya untuk tatapan dan perkongsian kepada semua terutama padamu wanita yang masih mencari pasangan bagi melahirkan sebuah "CINTA KERANA ALLAH".
Sahabatku, hubungan cinta yang kita bina, hendaklah cinta itu didasarkan kepada CINTA ALLAH. Maksudnya di sini, cinta yang kita berikan kepada seseorang individu hanyalah semata-mata kerana mengharapkan KEREDHAAN ALLAH. Mengapa? Allah memberi dan mencampakkan kita fitrah itu (ingin dikasihi dan mengasihi. Ingin dicintai dan mencintai) lalu kita niatkan dan gunakanlah rasa fitrah itu untuk menghampirkan diri kepadaNYA. Bercintalah dengan sesiapa sahaja yang berkenan di hati. Tetapi pastikan cinta itu lebih memudahkan dan membawa kita mencintai Allah.
Kadangkala kita mengharapkan cinta yang dibina kerana Allah, atau ungkapan yang sering diungkapkan "kami bercinta kerana Allah". Namun, ramai yang masih keliru atau tidak pasti. Bagaimana bercinta kerana Allah? Apa maksudnya? Bagaimana kita mengetahuinya? Bagaimana kita ingin membuktikannya? Persoalan demi persoalan timbul. Sebenarnya, jika dalam membina perhubungan cinta, kita sering bertanya tentang persoalan-persoalan ini, Bagi saya, itu satu petunjuk yang baik kerana anda ingin menjadikan hubungan cinta itu ke arah jalan yang benar. Bercinta kerana Allah, jawapannya ialah iringilah hubungan cinta itu dengan NIAT UNTUK BERNIKAH secara sah kerana pernikahan itu lebih memudahkan seorang lelaki atau wanita menyempurnakan agamanya. Sebagaimana sabda nabi saw yang bermaksud; " Apabila seseorang itu berkahwin , sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya".
Justeru itu, sahabatku wanita usahlah bercinta dengan niat sekadar untuk bersuka-suka atau tidak serius. Jika tidak, janganlah bercinta dahulu. Tangguhkanlah niat tersebut kerana itu jalan yang lebih terbaik. Bermujahadahlah melawan hasutan nafsu dan bisikan-bisikan syaitan. Katakanlah pada diri, "Aku hanya tertarik atau minat padanya". Simpan dan pendam perasaan itu dalam jiwa sedalam-dalamnya. Jangan sekali-kali diluahkan kerana itu hanya mengundang reaksi yang tidak baik. Tetapi sahabatku, sekiranya "orang di sebelah sana (orang meminatimu)" mengatakan serius untuk bercinta denganmu??? Saya yakin dan percaya anda pasti akan menyuarakan soalan sebegini, bagaimana pula? Jawapannya sangat mudah. Jangan bercinta kerana kasihan, kerana jika bercinta kerana kasihan , anda akan merosakkan diri anda dan orang yang kasihkan atau ingin memiliki hati anda!
CINTA dengan KASIHAN amat besar perbezaannya. Bagaimana? Ini kerana anda hanya wujud perasaan SIMPATI dengan orang yang menyintai anda, tetapi anda sukar untuk mencintai orang yang anda kasihankan atau simpati. Lebih menyedihkan lagi, apabila anda ada niat jahat atau tidak ikhlas dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau sekadar SUKA-SUKA seperti mengibaratkan cinta itu sebagai "spare" tayar, manalah tahu kalau-kalau suatu hari nanti diperlukan. Sehinggakan, kita merasa ghairah untuk bercinta.
Jika bercinta tidak ada niat untuk bernikah, hanya saja-saja atau suka-suka, pasti cinta itu bukan kerana Allah. Hakikatnya, cinta itu adalah cinta terlarang yang membawa kepada kemusnahan pada sebelah pihak atau diri anda sendiri. Pastikanlah cinta yang dijalin adalah cinta yang tidak melanggar peraturan SYARIAT. Pastikanlah hubungan cinta itu tidak membawa kita terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. BERCINTALAH ATAS DASAR KERANA ALLAH, PASTI HUBUNGAN ITU MEMBAWA KITA LEBIH MENGENALI SIFAT PENCIPTA KITA. DAN SITU PASTI TERBINA CINTA YANG HAKIKI.
Pedoman Hidup:
" Apabila peribadi yang baik diperkuatkan dengan CINTA SEBENAR, tenaganya akan menguasai alam semesta. Kerana di situ tenaga-tenaga positif akan terpancar keluar".

Sunday, August 2, 2009

BUATMU REMAJA WANITA

HAYATILAH BAIT-BAIT LAGU INI...GAMBARAN TENTANG CINTA TERHADAP PENCINTA. CARILAH CINTA KEPADA PENCIPTAMU SEBELUM ENGKAU MENGENALI CINTA PADA HAMBA..

" HIDAYAH
KERLIPAN CIPTA CINTAKU...
HARUM REMBULAN MAWAR
DINGIN DIHAKIS CITA KESEORANGAN.

AKU...
MASIH MENGHITUNG DIRI
KESIANGAN YANG PANJANG
INGIN MENGISI HATI...

PADA-MU KASIH
SATUKAN AKU
DENGAN RAHMAT-MU
DENGAN KALIMAH
MALAM SIANGKU
BERLIKU-LIKU
DURI DUGAAN
SIRATAN CINTA

BIAR DI JEMALA MENTARI
DAN DIBAHU GUNUNG BERAPI
PASRAHKU ABADI UNTUK-MU
UNTUK-MU...

KU KEMBARA SETIA DI DISISINYA
KU INGIN BAHAGIA ABADI
KU IMPIKAN SENTOSA NAUNGAN-NYA
SELAMANYA...."

Lirik Lagu :Rabbani


Pedoman Hidup:

"Bagaimana jua bentuk cinta itu, ia ibarat tumbuh-tumbuhan, sekiranya tanpa dipupuk, dibaja dengan baik pastinya ia akan layu jua. Binalah cinta atas dasar Rabb, kerana itulah cinta sejati".

PANDUAN MEMILIH KEKASIH!!!

Dewasa kini, ramai mereka memilih pasangan hidup hanya berlandaskan kepada luaran??? Betulke sekiranya saya menyatakan sedemikian? Bagi sesetengah mereka akan menolak. Tapi bagi sesetengah pihak pula mengiyakan. Siapakah yang menolak dan mengiyakan semuanya berbalik kepada "fitrah" dan pegangan agama.
Harta, Rupa, Darjat dan agama (akhlaq) adalah empat padangan manusia dalam memilih pasangan atau mencintai pasangan terutama cinta lelaki kepada wanita. Sehinggakan ada wanita yang sanggup berhabis wang ringgit untuk kelihatan cantik. Kerana bagi mereka Rupa yang cantik adalah faktor yang penting untuk mendapatkan cinta sejati. Tidak lupa juga halnya tentang harta dan darjat diagung-agungkan.
Sebenarnya untuk mendapatkan kasih sayang atau cinta sejati, nabi saw bersabda " pilihlah yang baik agamanya (aklaqnya). Namun, kadangkala kita hanya tahu dan menerima melalui akal tetapi belum benar-benar menyakini seruan ini.
Ya, kadang-kadang kita akan bangga bila mendapat pasangan yang cantik. Yang cantik "body"nya memang senang awalnya di pandangan, tetapi bila dah tua maka sakitnya di hati.
Alangkah indahnya bila kita memilih akhlaqnya walaupun tidak cantik namun hati akan sentiasa senang dan tenang selamanya."Ingatlah, yang baik itu cantik tetapi yang cantik itu tidak semestinya baik @ indah".
Pedoman Hidup:
"KECANTIKAN : kecantikan yang abadi terletak pada keelokan ADAB dan KETINGGIAN ILMU seseorang, BUKAN terletak pada wajah dan pakaiannya". (HAMKA)

Saturday, August 1, 2009

LIRIK LAGU PILIHAN


TITIPAN BUAT YANG BERGELAR ISTERI...


Telah ku siapkan
Satu daerah paling "sunyi"
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri

Untuk kau penuhi
Dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku.......


Mungkin ada yang tertanya-tanya....mengapa lagu ini perlu dipaparkan???
Apa yang istimewanya??? Sengaja inginku paparkan lirik lagu ini buat semua terutamanya yang bergelar ISTERI...
Jika didalami bait-bait lagu ini, betul-betul menyentuh jiwa dan perasaan. Berapa ramaikah wanita (isteri) yang memahami kehendak, harapan dan hati seorang lelaki yang bergelar SUAMI???
Hari ini, perkahwinan hanya tertumpu kepada naluri semata-mata...Kekadang sudah lari daripada makna sebenar di mana seorang isteri perlu mengerti bahawa kehidupan rumahtangga adalah satu amanah dariNya yang perlu dijaga. Namun begitu, tidak dinafikan juga peranan seorang suami yang semakin pudar, tidak mengerti apa sebenar tanggungjawabnya...dan tidak dinafikan juga sang suami tidak mempunyai ilmu tentang rumahtangga. Di manakah ilmu tauhid? di manakah ilmu syariaat? dan dimanakah ilmu akhlaq? Jika ketiga-tiga asas ilmu ini tidak diketahui bagaimana cara untuk mendidik jiwa seorang isteri??? betullah ada pepatah mulia menyatakan "usah dicari wanita solehah (baik), sekiranya dirimu tidak soleh (tidak baik)".
Buatmu isteri yang mempunyai suami yang soleh, bergembiralah namun engkau perlulah tahu dan penuhi kehendaknya, harapannya dan hatinya...Semoga diri kita menjadi permata benilai di sisi suami tercinta.


Pedoman Hidup:

"....Berhati-hatilah dengan dunia & wanita, kerana wanita punca segala fitnah. Fitnah yang pertama merosakkan bani Israil ialah Wanita....(riwayat Muslim)