Tuesday, June 23, 2009

GERAKKAN KEHEBATANMU


STRIVE FOR SUCCESS ESPECIALLY FOR WOMEN!!!


Para muslimah @ wanita yang dikasihi, saya menyambung semula perbicaraan tentang Gerakkan kehebatanmu dalam erti kata KENALI DIRI UNTUK BERJAYA. Jika tulisan yang lalu saya menyentuh 3 elemen penting iaitu "Gerakkan Inisiatif Diri, Ucapkan/suarakan dan ketiga Aktifkan/Gerakkan segala Momentum" apa yang anda inginkan.


Setelah anda gerakkan ketiga-tiga perkara tersebut, keempat ialah PENGETAHUAN. Anda harus mencari atau mendapatkan seberapa banyak ilmu. Melalui ilmu itu, menjadikan anda yakin dan bermotivasi dengan potensi diri anda. Dengan ilmu juga, segala perancangan anda akan dapat dibentangkan dengan jayanya.


Kelima, GERAK HATI. Dengan adanya perancangan dan ilmu /idea, anda harus mempunyai gerak hati (Naluri) dalam Memilih Haluan. Anda harus tahu di mana dan ke mana anda hendak tuju!

Keenam, BIJAK. Apabila lengkap perjalanan 1 hingga 5 (perkara satu hingga kelima), so anda perlu KEBIJAKSANAAN. Kebijaksanaan?? macam mana nak jadi bijak? Bagi saya, setiap insan Allah telah mencampakkan sifat kebijaksanaan pada dirinya. Cuma terpulang bagaimana ia mengasah kebijaksanaan itu melalui peluang-peluang yang terbuka luas. So fikir-fikirkanlah..."kerana kebijaksanaan seseorang itu juga akan menjadi hebat bilamana ia sentiasa menggunakan akal fikirannya". Berfikir menggerakkan diri mencari kebenaran, mengenal pasti kebaikan. Justeru berfikir pasti akan bertemu bekal dan kebenarannya. Perkara ini jelas di dalam firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi yang berfikir (ulul albab). (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ‘Wahai Tuhan kami Kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka’.” (surah Ali-Imran ayat 190-191).


Sekiranya kebijaksanaan itu telah ada barulah diikuti dengan KEKAYAAN. Sekiranya kekayaan ditangan, so bagaimana untuk kita mempertahankkannya???Oleh itu, kita perlu bergerak ke peringkat yang keTUJUH...Apa peringkat yang ketujuh itu??? InsyaAllah saya akan sambung semula perbicaraan ini.


Semoga perkongsian ini ada manfaatnya.

Pedoman hidup:

"Ilmu merupakan pintu gerbang kepada segala kebaikan"

Friday, June 19, 2009

MOTIVASI DIRIMU




Salam...

Hari ini, suka saya ingin kongsikan pengalaman dan rasa hati yang mungkin boleh dijadikan motivasi ke arah yang lebih baik..beberapa hari yang lepas, saya didatangi oleh seorang klien. Puan, berilah petua dalam temuduga dan bagaimana saya ingin menjadi seorang yang berani? Dan banyak lagi soalan yang diajukan, namun cukup dua persoalan ini yang ingin saya kongsikan.

Saya memerhatinya dan cuba untuk memahami situasi dirinya ketika itu, mendalami perasaan dan emosinya serta empati apa yang dilaluinya...Saya memberinya senyuman yang cukup manis dan indah, agar ia merasai aura ketenangan dan rasa dirinya diterima.

Saudara/i, bukan mudah untuk orang menerima dan mempercayai diri kita. Namun, saya yakin bila keikhlasan itu kita pamerkan dan niat kita semata-mata keranaNYa semuanya akan berjalan dengan mudah. Benarlah hadith nabi saw yang bermaksud " Hanya segala amal adalah dengan niat". riwayat Bukhari & Muslim.

Ok berbalik pada persoalan tadi, saya hanya katakan padanya "don't afraid, my dear" , jika pekerjaan itu adalah rezeki untuk anda, tiada siapa atau perkara yang boleh menghalangnya melainkan Allah. Apa yang penting, "u must trust u self" dan yakin dengan ketentuan Allah. Jika anda ikhlas untuk pergi temuduga keranaNya, sudah pasti di situ ada jalan kemudahan dan kekuatan yang diberikan. Yakinlah...




Pedoman Hidup:


"Indahnya hidup ini apabila Allah adalah segala-galanya"

Wednesday, June 17, 2009

GERAKKAN KEHEBATANMU

Kehidupan Satu Perjuangan...

Hidup adalah perjuangan..Kehidupan merupakan satu pentas lakonan. Setiap individu mempunyai watak-watak tersendiri. Bagaimana ia mencapai tujuan hidupnya? Terpulang kepada rasa hati yang empunya diri. Jika dipilih jalan yang baik, maka baik lah hasil. Namun jika dipilih jalan kegagalan, maka pastinya kegagalan itu akan terhasil.

So bagaimana hendak melonjakkan potensi diri??? Specially buatmu bernama WANITA. Bagi saya, rumus di bawah ini sekadar perkongsian untuk direnung, diselami dan dipraktikkan sekiranya ia bersesuaian dengan dirimu...

Perkara ini merangkumi 9 item penting iaitu:

" Pertama, Dalam Kehidupan untuk berjaya dalam apa jua yang kita inginkan...perlu bermula pada INISIATIF DALAM DIRI. Setiap perkara bermula dengan permulaan. Ia datang atau wujud daripada diri anda, kerana anda yang menggerakkannya. So semua itu bermula dari inisiatif anda sendiri. "

" Kedua, Sekiranya impian /kehendak itu telah ada, untuk bermula harus UCAPKAN/SUARAKAN. Barulah anda dan orang lain tahu apa yang anda ingin lakukan..Jangan biarkan ia hanya bermain-main difikiran anda sahaja. Sesuatu itu berlaku bila anda lakukan. "

" Ketiga, setelah anda faham & jelas apa yang anda inginkan, AKTIFKAN @ GERAKKAN SEGALA MOMENTUM itu. Barulah anda akan sedar secara holistik dari segi Kognitif (fikiran), Afektif (perasaan/emosi) dan Behavior (tingkahlaku) anda."

Untuk seterusnya, saya akan sambung perkongsian ini...So, Tungguuuuuu...

Pedoman Hidup :

"Tiada sesuatu yang mustahil, kerana ilmu Allah itu terlalu luas. Ambillah segala macam peluang yang ada selagi kita bernyawa."

Monday, June 15, 2009

TITIPAN BUATMU WANITA SOLEHAH


Wanita solehah itu....
auratnya dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu...
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya
yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula...
terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali...
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
NAFSU mengatakan wanita cantik,
kerana paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
AKAL mengatakan wanita cantik,
atas kemajuan dan kebijaksanaannya dalam ilmu,
serta pandai dari segala aspek,
HATI menyatakan kecantikan wanita
hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita solehah
jangan dibangga dengan KECANTIKAN LUARAN,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Wahai wanita solehah
jaga dan peliharalah KECANTIKAN DALAMAN,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi.
Wahai wanita solehah
jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita solehah
jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah
jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu...
tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untukmu, Wanita solehah.

"Wanita perhiasan dunia, Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"
Pedoman hidup:

"wanita, hidup ini hanya sementara...bersamalah kita melayari bahtera hidup ini dengan penuh keimanan. Usah dicari hubbuhduniawi yang fana ini, letakkanlah ketinggian cintamu hanya padaNYa, pastinya ketenangan itu hidup subur di hati..."

Engkau Satu Dalam Berjuta


Perempuan...
Perawan...
Wanita..
Muslimah..
Mukminah...
Mithali...
Nisa'...
Ustazah...

adalah gelaran-gelaran yang diberikan kepadamu yang bernama WANITA...

Indahnya wanita itu
bila diri diri dihiasi sifat malu
bila diri dihiasi dengan bicara santun
bila diri dihiasi dengan langkah sopan
bila diri dihiasi pakaian iman
bila diri dihiasi rasa takut pada kemaksiatan
bila diri dihiasi hijab
bila diri menjadikan Al-Quran & Hadith sebagai pedoman hidup..











Namun, kini wanita
semakin hilang rasa malu..
semakin hilang kesantunan..
semakin hilang rasa takut..
semakin hilang jati dirinya...
semakin hilang pegangan hidupnya..

Apa yang dibanggakan
kecantikan sehinggakan sanggup mempamerkan tubuh..
keberanian sehinggakan apa yang lelaki boleh lakukan, pasti wanita boleh...
kemewahan sehinggakan sanggup menggadaikan maruah...
kecerdikan sehinggakan sanggup mengecap kebahagian dunia seluruh...


" Jadilah wanita idaman, punya hati yang bersih, akal yang bijak dan tingkahlaku yang baik. sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah..."






Pedoman Hidup:
" Benteng yang paling kuat adalah Wanita Solehah. Sikap Redha dan berlapang dada menerima apa adanya (qana'ah) adalah perbendaharaan yang tidak kunjung habis.."


Sunday, June 14, 2009

Salam Perpaduan Kepada Pembaca Budiman


HADAPILAH HIDUP INI DENGAN SENYUMAN:-)


Hari ini, jiwaku terlalu amat sedih...kerinduan pada orang-orang yang kusayangi.

Selama seminggu bersama dengan adik, berkongsi cerita dan membuat aktiviti rumah bersama-sama. Hujung minggu yang lalu pulak dapat jumpa suami tercinta. Masa itu begitu indah. Tapi bila balik semula kat Johor, sepinya hati rasa ingin menangis je..Memang perit hidup tanpa ada orang di sisi kita menemani..


Bila aku terfikir, betapa hebatnya iman muslimah terdahulu jika dibandingkan wanita pada hari ini. Mereka boleh redha dan berlapang dada menghadapi apa jua keadaan yang ditimpakan. Kerana keyakinan yang tinggi terhadap Penciptanya bahawasanya setiap dugaan & ujian itu pasti ada hikmah & kemanisannya. Kadang-kadang ia datang tanpa kita duga kerana Allah telah berjanji bahawa setiap apa yang hambanya kerjakan dengan ikhlas dan tanpa keluh kesah pasti akan ada ganjarannya. Benarlah sebagaimana FirmanNYa dalam surah An.Nahl:97 yang bermaksud " Sesiapa berbuat kebaikan, sama ada lelaki mahupun perempuan, sedang dia beriman, maka kami akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan Kami akan berikan pahala mereka dengan yang lebih baik dari apa yang mereka lakukan..."


Ya, memang tidak dinafikan setiap manusia perlukan orang lain dalam hidupnya. Namun, jika kita sentiasa meletakkan Allah yang paling teratas dalam seluruh jiwa, roh dan jasad kita, sudah pastinya tiada apa perkara yang dapat mempengaruhi atau melemahkan. Kita akan bersedia menghadapi setiap apa yang mendatang, baik ataupun buruk, suka ataupun duka. Kerana nikmat kemanisan iman itu. Ya Allah, ku pohon keampunan dariMu dari segala kejahilan ku, Berilah aku kekuatan iman dalam berhadapan apa jua ujianMu, kerana ku tahu ya Allah, setiap itu adalah tanda kasih sayangMu untuk aku lebih dekat padaMu.. Ya Allah, Anta Matlubi Wa Anta Maksudi...hapuskanlah segala kegusaranku, agar aku menjadi hambaMu yang hebat dipandanganMU ya Allah.. kerana itulah yang paling terbaik...


Ya Allah peliharalah diriku dan kaum sejenisku dari segala kemaksiatan, kerana wanita merupakan perhiasan dunia yang terindah, namun wanita juga adalah pemusnah yang terhebat..


Pedoman Hidup:


" kemuliaan hanya akan diberikan kepada mereka yang bersabar"

Monday, June 1, 2009

Salam Ceria Penuh Kasih Sayang

Bertemu kembali...

kepada semua peminat blog kerdil ini.. Kali ini, saya nak share with u my experience..sweet memory in my life..

Saudara,

Kehidupan ini penuh dengan warna warninya..Ada yang suka-duka, pahit-manis, masam-manis, namun...semua itu rencah kehidupan..Begitulah gelodak jiwa ini sebelum, semasa dan selepas program yang telah saya jalankan kepada semua pelajar yang mendapat anugerah dekan pada semester yang lepas. Apa dia gelodak jiwa dan perasaan itu, hanya dapat diterjemahkan oleh yang empunya diri.


kump. roses & bee bersama fasilitator..CHANGE!!!!









cepat..cepat, takut xsempat ni..

tunjukkan bakat terpendam...memang berbakat..








Pada 25 hingga 27 Mei 2009, begitu banyak meninggalkan kenangan indah dalam hidup saya. program yang telah saya rancang untuk melihat para pelajar yang dikasihi bukan sahaja dapat menimbah ilmu dari sudut tips-tips dan kemahiran di dalam pembelajaran, bagaimana mengekalkan kecemerlangan yang digapai bahkan mempunyai jati diri yang hebat dari segi kognitif, afektif dan behaviour.



kelapa ku sayang...siapa pandai buat kerja-kerja dapur, sure pandai buka sabut kelapa, kukur kelapa & perah kelapa..huhu memang challenging gak..




inilah check point yg plg mencabar, semua kump terpaksa redah kolam tu..nak tengok team work diorang..





fuh..setelah berpenat menunjukkan bakat dalam masakan, inilah hasilnya lempeng sayang roses, burger roses & bee dan jus oren segar..memang boleh tahan gak..



semua kump perlu merentasi halangan sebelum ke check point seterusnya...memang amazing game.




Selama berprogram 3 hari 2 malam di Savannah Hill, Memang banyak kenangan indah bersama-sama pelajar dan urusetia. Program ini telah dikendalikan oleh Unit Kerjaya & Kaunseling dan Perunding Motivasi Smart Inside Resources (SIR). Sir merupakan sebuah syarikat konsultant yang diterajui oleh En. Mohd Fakrul Rizal Bin Mohamed Din atau lebih suka dikenali sebagai Brother a.u...Di samping itu, program ini juga telah mendapat kerjasama yang mantap daripada pensyarah iaitu Pn. Suriaty dan Pn. Azizah. Memang mereka sangat "outstanding". Ya Allah..ku mohon agar segala ilmu, pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh semua pelajar ini, dapat tertanam utuh di dalam hati dan diaplikasi di dalam kehidupan mereka. Semoga mereka ini menjadi hamba-hambaMu yang berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah..




barisan fasilitator & urusetia,
orang kuat program. (yg tgh2 tu..itulah penceramah, alah yg pakai cermin mata gelap2tu..boleh tahan gak hihihi..)








gambar kenangan sebelum berpisah..sedih gak,
rasa best duduk kat savannah hill ini..alah mcm rasa
dok luar negara palak




Pedoman Hidup:
" Hidup tidak selalunya indah...Langit tidak selalu cerah, Malam tidak berbintang....itulah lukisan alam.."