Wednesday, June 17, 2009

GERAKKAN KEHEBATANMU

Kehidupan Satu Perjuangan...

Hidup adalah perjuangan..Kehidupan merupakan satu pentas lakonan. Setiap individu mempunyai watak-watak tersendiri. Bagaimana ia mencapai tujuan hidupnya? Terpulang kepada rasa hati yang empunya diri. Jika dipilih jalan yang baik, maka baik lah hasil. Namun jika dipilih jalan kegagalan, maka pastinya kegagalan itu akan terhasil.

So bagaimana hendak melonjakkan potensi diri??? Specially buatmu bernama WANITA. Bagi saya, rumus di bawah ini sekadar perkongsian untuk direnung, diselami dan dipraktikkan sekiranya ia bersesuaian dengan dirimu...

Perkara ini merangkumi 9 item penting iaitu:

" Pertama, Dalam Kehidupan untuk berjaya dalam apa jua yang kita inginkan...perlu bermula pada INISIATIF DALAM DIRI. Setiap perkara bermula dengan permulaan. Ia datang atau wujud daripada diri anda, kerana anda yang menggerakkannya. So semua itu bermula dari inisiatif anda sendiri. "

" Kedua, Sekiranya impian /kehendak itu telah ada, untuk bermula harus UCAPKAN/SUARAKAN. Barulah anda dan orang lain tahu apa yang anda ingin lakukan..Jangan biarkan ia hanya bermain-main difikiran anda sahaja. Sesuatu itu berlaku bila anda lakukan. "

" Ketiga, setelah anda faham & jelas apa yang anda inginkan, AKTIFKAN @ GERAKKAN SEGALA MOMENTUM itu. Barulah anda akan sedar secara holistik dari segi Kognitif (fikiran), Afektif (perasaan/emosi) dan Behavior (tingkahlaku) anda."

Untuk seterusnya, saya akan sambung perkongsian ini...So, Tungguuuuuu...

Pedoman Hidup :

"Tiada sesuatu yang mustahil, kerana ilmu Allah itu terlalu luas. Ambillah segala macam peluang yang ada selagi kita bernyawa."

2 comments:

  1. salam,

    quote: untuk berjaya dalam apa jua yg kita inginkan...bagaimana hendak mewujudkan rasa INGIN yang tiada/belum ada..?

    ReplyDelete
  2. Quote, Allah mencipta manusia lengkap dengan hawa nafsu,keinginan & kehendak. Semua manusia punya naluri untuk mempunyai sesuatu. Orang yang kurang normal pun begitu. Cuma bagaimana ia memenuhinya..Terpulang pada yang empunya diri.

    ReplyDelete