Monday, June 15, 2009

TITIPAN BUATMU WANITA SOLEHAH


Wanita solehah itu....
auratnya dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu...
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya
yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula...
terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali...
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
NAFSU mengatakan wanita cantik,
kerana paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
AKAL mengatakan wanita cantik,
atas kemajuan dan kebijaksanaannya dalam ilmu,
serta pandai dari segala aspek,
HATI menyatakan kecantikan wanita
hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita solehah
jangan dibangga dengan KECANTIKAN LUARAN,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Wahai wanita solehah
jaga dan peliharalah KECANTIKAN DALAMAN,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi.
Wahai wanita solehah
jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita solehah
jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah
jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu...
tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untukmu, Wanita solehah.

"Wanita perhiasan dunia, Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"
Pedoman hidup:

"wanita, hidup ini hanya sementara...bersamalah kita melayari bahtera hidup ini dengan penuh keimanan. Usah dicari hubbuhduniawi yang fana ini, letakkanlah ketinggian cintamu hanya padaNYa, pastinya ketenangan itu hidup subur di hati..."

3 comments:

  1. salam,

    sumayyah r.ha.
    sekadar hamba abdi wanita.
    muslimat umat Muhammad SAW yang pertama syahid..ibu segala syuhada' di kalangan umat Muhammad SAW.
    bukankan menjadi "hamba" itu satu kehebatan..?

    ReplyDelete
  2. Ya, Hamba yang tahu bersyukur di atas nikmat pemberiaanNYA. Ingin aku menjadi "hamba" yang hebat pada pandanganNya. Biar manusia memandangku tidak hebat, tetapi Penciptaku tetap memandangku sebagai hamba yang hebat.

    ReplyDelete
  3. hebat la blog akak nie..hehe
    semoga wanita2 di luar sana dapat menjadi contoh teladan sebagai wanita solehah yang mengharapkan keredaan Allah s.w.t..AMIN
    Harap dapat memperbanyakkan lagi pengisian untuk dijadikan teladan buat wanita.

    ReplyDelete