Friday, October 9, 2009

SALAM KASIH SAYANG UNTUK SEMUA!

Assalamualaikum...

Kepada semua yang mengenali diri ini, salam kemaafan kepada yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini tetapi sudah sekian lama tidak "update". Kali ini, kekuatan diberikan dariNYA untuk berkongsi cerita, ilmu, pengalaman dan apa sahaja untuk dijadikan panduan dan pengajaran dalam menjalani kehidupan yang merupakan satu perjuangan yang tiada sudahnya.

Mungkin ada juga yang bertanya, mengapa saya lama menyepi? Adakah sudah hilang minat untuk menulis atau kenapa??? Sebenarnya 2 bulan lebih kesihatan saya tidak begitu baik. Lantaran menghadapi "morning sickness" yang agak teruk juga. Namun, kupanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana di sebalik kesakitan itu, rupa-rupanya Allah menghadiahkan sebuah nikmat yang begitu besar. Alhamdulillah..Terima kasih ya Allah kerana engkau memberi rezeki anak yang kedua (dah masuk 3 bulan) setelah Engkau mengambil yang pertama untuk menantiku di dunia yang kekal abadi. InsyaAllah.

Di dalam kesusahan, kesakitan dan keperitan yang di alami, hati lantas berbicara, " terlalu banyak nikmat yang telah Allah bagi kepada kita, namun bila sedikit kepayahan kekadang kita merungut dan keluh kesah yang menggunung tinggi. Betul tak? Sebenarnya, setiap kesusahan itu pasti disudahi dengan kemudahan. Ibaratnya selepas cucuran airmata kesedihan pasti akan muncul sebuah senyuman, selepas malam akan menjelma siang, selepas awan mendung pasti akan cerah, selepas kesedihan pasti akan hadir kegembiraan, kerana itu janji Allah. Setiap yang berlaku adalah ujian dan dugaan Allah untuk menguji HambaNya mengikut kemampuannya. So, bersabarlah setiap apa yang berlaku. semua ada hikmah disebaliknya bagi mereka yang yakin dengan janji-janjiNya. "Allah kelak akan menjadikan kelapangan selepas kesempitan". Semoga kita menjadi hambanya yang sentiasa redha dan berlapang dada..

Dikesempatan ini juga, rasa masih belum terlambat saya mengucapkan "selamat hari raya eidulfitri, maaf zahir & batin".

Pedoman Hidup:

"Kenali Allah dalam suka, maka Ia mengenalmu dalam duka"

Monday, August 24, 2009

RAMADHAN KAU HADIR LAGI!


RAMADHAN...
KINI KAU HADIR LAGI..
MEMBAWA PENGERTIAN..
YANG PERLU DISELONGKAR OLEH HATI SETIAP INSANI..

RAMADHAN..
KEHADIRANMU SENTIASA DITUNGGU..
KERANA "ENGKAU" MEMBERI SEJUTA PENGHARAPAN..
KEPADA HATI YANG SENTIASA MENCARI REDHA KEKASIH-MU..

RAMADHAN...
KEHADIRANMU KALI INI..
MEMBAWA SEJUTA PENGHARAPAN..
UNTUK AKU MERASAI NIKMAT KEMANISAN IMAN INI...

RAMADHAN...
KEHADIRANMU KALI INI...
MEMBUAT HATIKU SERING MENGUCAPKAN SYUKRAN...
KERANA "DIA" MEMBERIKU NIKMAT YANG TIADA NILAINYA DIHATI INI..

TERIMA KASIH YA ALLAH..
DI ATAS PEMBERIAN INI KEPADA HAMBA YANG HINA..
SEMOGA AKU MASIH DAPAT MENIKMATI RAMADHAN YANG AKAN DATANG..

"Selamat menjalani ibadah puasa, semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu. Salam kemaafan kepada semua di atas kekhilafan diri yang tidak pernah lekang pada setiap insan yang bernama manusia"..

Monday, August 17, 2009

BOLEHKAH DIRI INI MENJADI SEPERTI AISYA HUMAIRA???


Saudariku muslimat...

Ingin kukongsikan kehebatan peribadi Srikandi Islam "Aisya Humaira" melalui lirik lagu ini. Berulang-ulang kali ku dengar, ku hayati, ku selami dan ku fahami isinya.... lantas hati menyatakan betapa agungnya kemuliaan peribadi wanita itu... Membayangkan betapa cantik dan indahnya wajahnya, namun keperibadiannya menandingi segala-galanya... Beruntungnya wanita itu, sekiranya dapat mencontohi dan menjadikan idola di dalam membentuk keperibadian wanita yang dikasihi Allah.

WAJAH BERSERI PIPI KEMERAHAN
ENGKAU DIGELAR AISYA HUMAIRA
NAMUN BUKAN INGIN KU BICARAKAN
HINGGA DIRIMU JADI SANJUNGAN
TETAPI MERAHNYA DARAH PERJUANGAN
PENIUP SEMANGAT SUAMI

KHABAR AL-IFQI SATU TITIK PEMULA
TELAH MENCALAR KEBAHAGIAAN
FITNAH MUNAFIQUN TAK KENAL SESIAPA
INSAN YANG MULIA ATAU SAHAYA
HATTA DIRIMU UMMAHATUL MUKMININ
YANG SETANDING AL-MUKHATSHIRIN

USAH DITANYAKAN MENGAPA
LEWATNYA TURUN WAHYU ITU
BAGI MEMBUKTIKAN KEPALSUAN
TUDUHAN SEORANG PENDUSTA

TAPI LIHATLAH HIKMAHNYA
DI SEBALIK TIAP KEJADIAN YANG TELAH BERLAKU
TUHAN TIDAK AKAN PERNAH MEMPERSIA-SIA
KETABAHAN SEORANG INSAN
DALAM MENGHARUNGI ARUS KEHIDUPAN
YANG PENUH MEHNAH UJIAN

TAK KAN TERHIDU HARUM MEWANGI
JIKA TAK DINYALAKAN SETANGGI
TAK KAN TERASA MANISNYA HIDUP
ANDAI TAK DILAMBUNG GELORA

ENGKAU ISTERI SEJATI
YANG MEMANGKU NABI
SAAT HUJUNG NYAWA KAN PERGI
SUNGGUH BERUNTUNGNYA DIKAU
PUNYAI SUAMI YANG AMAT
MENGASIHI UMATNYA
DIA INSAN YANG MULIA
KAU SEMADIKANNYA DI RUANG KAMARMU.....

Saudariku, saya amat tertarik dengan lirik lagu ini yang juga berbunyi " Takkan terasa manisnya hidup, andai tak dilambung gelora". Sebenarnya kehidupan ini pasti tidak lari dari masalah, cabaran, dugaan dan ujian. Allah menciptakan semua itu ada hikmahnya tersendiri dan itulah psikologi Allah di dalam membina ketabahan seseorang hambaNya dan merasai sifat-sifat Allah yang Maha Sabar, Syukur, Berlapang Dada dan Rasa Tawadhuk sehinggakan melahirkan sifat ketaqwaan dalam diri. Firman Allah swt, mahfumNya: " Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan Jiwanya. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya". (As-Syams:9-10)

Pedoman Hidup;

" Allah itu menguji setiap hambaNya, mengikut kemampuannya. Usahlah, ditanya kenapa ujian Allah datang kerana Dia berhak untuk menguji hambaNya".

Sunday, August 16, 2009

WANITA OH WANITA!

Renungan buat insan yang bergelar wanita.

Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita....
Betapa bertuahnya menjadi wanita....
Bersyukurlah kerana menjadi wanita....

Istimewanya Wanita Itu Kerana:

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doaorang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihatisterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tolaemas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak"Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

48. "Wakai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

50. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

Bicara Hati;

Beruntungnya wanita kerana darjatnya telah diangkat...
Beruntungnya wanita itu sekiranya menjadi penyejuk di mata dan penawar di hati suaminya..
Beruntungnya wanita itu sekiranya para suami memahami jiwa dan kehendaknya...
Beruntungnya wanita itu sekiranya mempunyai suami yang soleh...
Beruntungnya wanita itu sekiranya ia mampu menjadi peniup semangat perjuangan pada suami....
Beruntungnya wanita itu sekiranya dirinya dihargai dan difahami...
Beruntungnya wanita itu sekiranya ia mampu melaksanakan segala kewajipannya di sisi suami...
Beruntungnya wanita itu sekiranya dirinya tidak dikhianati oleh lelaki bernama suami...
Beruntungnya wanita itu sekiranya ia pemberi semangat dan kebaikan serta kebahagian pada suaminya...

Namun, Wahai para suami....
Usah menginginkan isteri yang solehah, jika dirimu tidak mampu untuk engkau bentuk agar menjadi suami yang soleh..
Usah menginginkan kebahagian dan kebaikan daripada isterimu, jika engkau sendiri tidak mampu untuk memperlihatkan keperibadian dan akhlaq yang mulia..
Usah kau tanyakan kenapa dan mengapa isterimu begini dan begitu, jika engkau sendiri jarang bermuhasabah pada dirimu sendiri...

Penciptaan manusia adalah berpasang-pasangan...saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Semoga kebahagian yang ingin dikecapi dalam melayari kehidupan rumahtangga akan dikecapi hingga ke syurga..

Pedoman Hidup:

"Kehidupan adalah perjuangan, Ibarat gelombang, sentiasa ada pasang surutnya?????"

Thursday, August 6, 2009

ERTI CINTA SUCI???

CINTA KERANA ALLAH!!!
Hari ini ingin kupaparkan perbicaraan "CINTA KERANA ALLAH". Ku kongsikan ilmu ini berdasarkan ilmu yang kuperolehi, ku pelajari dan kufahami melalui pembacaan, pengalaman dan pendidikan. Tertarik minat yang mendalam untuk menulisnya untuk tatapan dan perkongsian kepada semua terutama padamu wanita yang masih mencari pasangan bagi melahirkan sebuah "CINTA KERANA ALLAH".
Sahabatku, hubungan cinta yang kita bina, hendaklah cinta itu didasarkan kepada CINTA ALLAH. Maksudnya di sini, cinta yang kita berikan kepada seseorang individu hanyalah semata-mata kerana mengharapkan KEREDHAAN ALLAH. Mengapa? Allah memberi dan mencampakkan kita fitrah itu (ingin dikasihi dan mengasihi. Ingin dicintai dan mencintai) lalu kita niatkan dan gunakanlah rasa fitrah itu untuk menghampirkan diri kepadaNYA. Bercintalah dengan sesiapa sahaja yang berkenan di hati. Tetapi pastikan cinta itu lebih memudahkan dan membawa kita mencintai Allah.
Kadangkala kita mengharapkan cinta yang dibina kerana Allah, atau ungkapan yang sering diungkapkan "kami bercinta kerana Allah". Namun, ramai yang masih keliru atau tidak pasti. Bagaimana bercinta kerana Allah? Apa maksudnya? Bagaimana kita mengetahuinya? Bagaimana kita ingin membuktikannya? Persoalan demi persoalan timbul. Sebenarnya, jika dalam membina perhubungan cinta, kita sering bertanya tentang persoalan-persoalan ini, Bagi saya, itu satu petunjuk yang baik kerana anda ingin menjadikan hubungan cinta itu ke arah jalan yang benar. Bercinta kerana Allah, jawapannya ialah iringilah hubungan cinta itu dengan NIAT UNTUK BERNIKAH secara sah kerana pernikahan itu lebih memudahkan seorang lelaki atau wanita menyempurnakan agamanya. Sebagaimana sabda nabi saw yang bermaksud; " Apabila seseorang itu berkahwin , sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya".
Justeru itu, sahabatku wanita usahlah bercinta dengan niat sekadar untuk bersuka-suka atau tidak serius. Jika tidak, janganlah bercinta dahulu. Tangguhkanlah niat tersebut kerana itu jalan yang lebih terbaik. Bermujahadahlah melawan hasutan nafsu dan bisikan-bisikan syaitan. Katakanlah pada diri, "Aku hanya tertarik atau minat padanya". Simpan dan pendam perasaan itu dalam jiwa sedalam-dalamnya. Jangan sekali-kali diluahkan kerana itu hanya mengundang reaksi yang tidak baik. Tetapi sahabatku, sekiranya "orang di sebelah sana (orang meminatimu)" mengatakan serius untuk bercinta denganmu??? Saya yakin dan percaya anda pasti akan menyuarakan soalan sebegini, bagaimana pula? Jawapannya sangat mudah. Jangan bercinta kerana kasihan, kerana jika bercinta kerana kasihan , anda akan merosakkan diri anda dan orang yang kasihkan atau ingin memiliki hati anda!
CINTA dengan KASIHAN amat besar perbezaannya. Bagaimana? Ini kerana anda hanya wujud perasaan SIMPATI dengan orang yang menyintai anda, tetapi anda sukar untuk mencintai orang yang anda kasihankan atau simpati. Lebih menyedihkan lagi, apabila anda ada niat jahat atau tidak ikhlas dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau sekadar SUKA-SUKA seperti mengibaratkan cinta itu sebagai "spare" tayar, manalah tahu kalau-kalau suatu hari nanti diperlukan. Sehinggakan, kita merasa ghairah untuk bercinta.
Jika bercinta tidak ada niat untuk bernikah, hanya saja-saja atau suka-suka, pasti cinta itu bukan kerana Allah. Hakikatnya, cinta itu adalah cinta terlarang yang membawa kepada kemusnahan pada sebelah pihak atau diri anda sendiri. Pastikanlah cinta yang dijalin adalah cinta yang tidak melanggar peraturan SYARIAT. Pastikanlah hubungan cinta itu tidak membawa kita terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. BERCINTALAH ATAS DASAR KERANA ALLAH, PASTI HUBUNGAN ITU MEMBAWA KITA LEBIH MENGENALI SIFAT PENCIPTA KITA. DAN SITU PASTI TERBINA CINTA YANG HAKIKI.
Pedoman Hidup:
" Apabila peribadi yang baik diperkuatkan dengan CINTA SEBENAR, tenaganya akan menguasai alam semesta. Kerana di situ tenaga-tenaga positif akan terpancar keluar".

Sunday, August 2, 2009

BUATMU REMAJA WANITA

HAYATILAH BAIT-BAIT LAGU INI...GAMBARAN TENTANG CINTA TERHADAP PENCINTA. CARILAH CINTA KEPADA PENCIPTAMU SEBELUM ENGKAU MENGENALI CINTA PADA HAMBA..

" HIDAYAH
KERLIPAN CIPTA CINTAKU...
HARUM REMBULAN MAWAR
DINGIN DIHAKIS CITA KESEORANGAN.

AKU...
MASIH MENGHITUNG DIRI
KESIANGAN YANG PANJANG
INGIN MENGISI HATI...

PADA-MU KASIH
SATUKAN AKU
DENGAN RAHMAT-MU
DENGAN KALIMAH
MALAM SIANGKU
BERLIKU-LIKU
DURI DUGAAN
SIRATAN CINTA

BIAR DI JEMALA MENTARI
DAN DIBAHU GUNUNG BERAPI
PASRAHKU ABADI UNTUK-MU
UNTUK-MU...

KU KEMBARA SETIA DI DISISINYA
KU INGIN BAHAGIA ABADI
KU IMPIKAN SENTOSA NAUNGAN-NYA
SELAMANYA...."

Lirik Lagu :Rabbani


Pedoman Hidup:

"Bagaimana jua bentuk cinta itu, ia ibarat tumbuh-tumbuhan, sekiranya tanpa dipupuk, dibaja dengan baik pastinya ia akan layu jua. Binalah cinta atas dasar Rabb, kerana itulah cinta sejati".

PANDUAN MEMILIH KEKASIH!!!

Dewasa kini, ramai mereka memilih pasangan hidup hanya berlandaskan kepada luaran??? Betulke sekiranya saya menyatakan sedemikian? Bagi sesetengah mereka akan menolak. Tapi bagi sesetengah pihak pula mengiyakan. Siapakah yang menolak dan mengiyakan semuanya berbalik kepada "fitrah" dan pegangan agama.
Harta, Rupa, Darjat dan agama (akhlaq) adalah empat padangan manusia dalam memilih pasangan atau mencintai pasangan terutama cinta lelaki kepada wanita. Sehinggakan ada wanita yang sanggup berhabis wang ringgit untuk kelihatan cantik. Kerana bagi mereka Rupa yang cantik adalah faktor yang penting untuk mendapatkan cinta sejati. Tidak lupa juga halnya tentang harta dan darjat diagung-agungkan.
Sebenarnya untuk mendapatkan kasih sayang atau cinta sejati, nabi saw bersabda " pilihlah yang baik agamanya (aklaqnya). Namun, kadangkala kita hanya tahu dan menerima melalui akal tetapi belum benar-benar menyakini seruan ini.
Ya, kadang-kadang kita akan bangga bila mendapat pasangan yang cantik. Yang cantik "body"nya memang senang awalnya di pandangan, tetapi bila dah tua maka sakitnya di hati.
Alangkah indahnya bila kita memilih akhlaqnya walaupun tidak cantik namun hati akan sentiasa senang dan tenang selamanya."Ingatlah, yang baik itu cantik tetapi yang cantik itu tidak semestinya baik @ indah".
Pedoman Hidup:
"KECANTIKAN : kecantikan yang abadi terletak pada keelokan ADAB dan KETINGGIAN ILMU seseorang, BUKAN terletak pada wajah dan pakaiannya". (HAMKA)

Saturday, August 1, 2009

LIRIK LAGU PILIHAN


TITIPAN BUAT YANG BERGELAR ISTERI...


Telah ku siapkan
Satu daerah paling "sunyi"
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri

Untuk kau penuhi
Dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku.......


Mungkin ada yang tertanya-tanya....mengapa lagu ini perlu dipaparkan???
Apa yang istimewanya??? Sengaja inginku paparkan lirik lagu ini buat semua terutamanya yang bergelar ISTERI...
Jika didalami bait-bait lagu ini, betul-betul menyentuh jiwa dan perasaan. Berapa ramaikah wanita (isteri) yang memahami kehendak, harapan dan hati seorang lelaki yang bergelar SUAMI???
Hari ini, perkahwinan hanya tertumpu kepada naluri semata-mata...Kekadang sudah lari daripada makna sebenar di mana seorang isteri perlu mengerti bahawa kehidupan rumahtangga adalah satu amanah dariNya yang perlu dijaga. Namun begitu, tidak dinafikan juga peranan seorang suami yang semakin pudar, tidak mengerti apa sebenar tanggungjawabnya...dan tidak dinafikan juga sang suami tidak mempunyai ilmu tentang rumahtangga. Di manakah ilmu tauhid? di manakah ilmu syariaat? dan dimanakah ilmu akhlaq? Jika ketiga-tiga asas ilmu ini tidak diketahui bagaimana cara untuk mendidik jiwa seorang isteri??? betullah ada pepatah mulia menyatakan "usah dicari wanita solehah (baik), sekiranya dirimu tidak soleh (tidak baik)".
Buatmu isteri yang mempunyai suami yang soleh, bergembiralah namun engkau perlulah tahu dan penuhi kehendaknya, harapannya dan hatinya...Semoga diri kita menjadi permata benilai di sisi suami tercinta.


Pedoman Hidup:

"....Berhati-hatilah dengan dunia & wanita, kerana wanita punca segala fitnah. Fitnah yang pertama merosakkan bani Israil ialah Wanita....(riwayat Muslim)

Saturday, July 25, 2009

KENANGAN TERINDAH!

Rindunyer......:-(

No Entry!! opps, diri & hati ini hanya untuknya...i love u hubby


possing di hadapan suami tersayang..."ayu ke ayang, abang??...mesti punyer!


Bulan madu di luar negara?? seronoknyer...


ikan oh ikan...betapa riangnya melihat gelagat ikan-ikan ini..
berlumba-lumba mendapatkan makanan




KENANGAN TERINDAH BERSAMA SUAMI TERSAYANG!


Menghabiskan masa bersama-sama orang tersayang satu kenangan yang sentiasa ku impikan. Saya juga turut merasakan anda mempunyai pandangan yang sama. Walaupun sekejap bersama-samanya namun, meninggalkan satu lukisan jiwa yang sukar untuk dilupakan. Betullah pendapat menyatakan "perkahwinan....suatu yang boleh menjadi KEBUN PERCINTAAN, namun boleh juga menjadi PUSARA PERCINTAAN"! Bagaimanakah perkahwinan bahagia dibentuk? Terpulanglah pada "satu rasa dua jiwa" yang menciptanya...Semua itu berada di tangan anda!



Sebagaimana firman Allah swt bermaksud yang perlu dihayati bersama-sama sebelum, semasa dan selepas menempuh alam perkahwinan: "Wanita-wanita yang keji (tidak baik) untuk lelaki yang keji (tidak baik). Dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji juga, dan wanita-wanita yang baik (solehah) diperuntukkan bagi lelaki yang baik (soleh), dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula". (An-Nur:26). Firman Allah ini mempunyai psikologi yang cukup mendalam perlu difahami. Betapa hebatnya Allah mendidik dan mengajar kita untuk menjadi hambaNya yang soleh dan solehah. Justeru, marilah bersama-sama kita menyelongkar hikmah di sebaliknya. Wahai muslimah, bersama-samalah kita berdoa supaya Allah sentiasa memelihara dan mendidik kita menjadi wanita solehah, penyejuk di mata dan penawar di hati suami...InsyaAllah.



Mencipta cinta sepanjang perkahwinan bukan didapati secara bakat yang terpendam. Tetapi perlu dibentuk, dicanai dan dicipta melalui pembelajaran, pengalaman dan pendidikan. Ilmu rumahtangga menjadi satu kewajipan untuk dipelajari sebelum menuju "syurga duniawi". Namun, ilmu yang menjulang tinggi tidak berguna sekiranya tidak dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Begitulah juga halnya di dalam melayari alam rumahtangga. Mungkin semasa di alam percintaan, kita akan menyatakan bahawa "aku sudah mengenali pasanganku dan dialah yang paling sesuai buatku". Sebenarnya, setelah melayari bahtera rumahtangga barulah kita mengenali lebih mendalam siapakah sebenarnya pasangan kita. Di situlah perlunya ilmu, pengalaman dan pendidikan terhadap alam rumahtangga dipelajari dan dicipta agar sentiasa terbitnya "Cinta" sepanjang perkahwinan. Perkongsian rasa untuk semua.



Pedoman Hidup:


"Asas pembentukan sesebuah rumahtangga yang bahagia adalah menegakkan keimanan sebagai teras, mengamalkan syariat sebagai peraturan hidup, membudayakan akhlak di dalam segenap ruang kehidupan".

Thursday, July 23, 2009

HARI INI...



Hari ini, ingin ku kongsikan perasaan sedih melihat remaja kini sudah semacam hilang harga diri! Berkepit, berdua-duaan sana sini tanpa sedikit rasa segan silunya..Rasa tertampar jua hati ini melihat sikap dan perilaku mereka ini? Inikah matlamat mereka datang menjejak kaki ke Universiti? Itukah yang diingin dihadiahkan atau dipersembahkan kepada ibu dan ayah tercinta? Itukah pelajar yang bakal bergraduat di Universiti ini? Inikah dia remaja yang suatu hari bakal menjadi pemimpin? Sekiranya memimpin diri sendiri tidak mampu, apakah pula untuk memimpin keluarga, masyarakat, negara apatah lagi AGAMA itu sendiri? persoalan ini bermain-main difikiran...


Ya Allah, bagaimanakah harus ku lakukan untuk membendung gejala ini? Berapa ramaikah orang yang mahu memperdulikannya? Berapa ramaikah yang mahu bergading bahu membenterasnya? Berapa ramaikah yang melihat perkara ini satu musibah yang perlu diselamatkan? Persoalan demi persoalan ini berputar ligat mencari-cari sebuah jawapan..


Kadang-kadang bila menegur atau memperkatakan "CINTA", mesti akan keluarlah persoalan "Salahkah Kami Bercinta"?Kami perlukan Cinta! Kami remaja yang memang senonim dengan Cinta!


Bagi saya, tidak salah bercinta! Bercinta adalah fitrah tabi'e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin dicintai dan menyintai adalah naluri (instinct) setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan CINTA seperti jasad perlukan MAKANAN. Oleh kerana CINTA adalah FITRAH, maka sudah pastinya TIDAK SALAH untuk merasai dan menikmati apa itu CINTA. Jika CINTA itu salah, mengapa Allah mengurniakan rasa CINTA???Allah Maha Mengetahui dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Dikurniakan rasa CINTA pasti ada maksud dan tujuan...Bukan kah begitu wahai remaja????


Namun salahnya berCINTA bilamana peraturan CINTA dilanggar sehinggakan berlakunya CINTA TERLARANG!!!sehinggakan ada yang sanggup menjual segala-galanya demi mempertaruhkan KESUCIAN CINTA yang diagung-agungkan. Demi memberitahu bahawa CINTA kita adalah CINTA yang ikhlas/sejati..tetapi semua itu adalah CINTA yang bersalut NAFSU semata-mata!!!CINTA yang tiada MATLAMAT dan TUJUAN..Ibarat pepatah lama yang berbunyi "Habis manis sepah dibuang"..Ketika itulah tiada ertinya CINTA yang dibina..


Pedoman Hidup:

" Manusia akan menjadi hamba kepada apa yang dicintainya, Cintailah sesuatu itu sekadarnya..Jalinkan hubungan CINTA keranaNYA...Pasti engkau temui CINTA SEJATI.."

Thursday, July 16, 2009

ERTI SEBENAR KECANTIKAN!!!!


Para wanita yang dirahmati Allah...

Cantikkanlah dirimu untuk Kecantikan...Cantik adalah pada luarannya, Tetapi Kecantikan adalah pada dalamannya.. BAGAIMANA mendapat KECANTIKAN? Perlu kita fahami kecantikan itu bermula dari DALAM ke LUAR..BUKAN DARI LUAR ke DALAM!!!

Justeru, untuk mendapatkan kecantikan, pertamanya tanamkan di dalam hati IMAN yang benar-benar kuat berdasarkan ILMU yang tepat dan PENGHAYATAN yang tinggi. Kemudian IMAN dibuktikan melalui PERBUATAN yang baik. Dengan Perbuatan yang baik maka lahirlah KECANTIKAN yang SEJATI.

Bagaimana iman itu disusuli dengan perbuatan? Maksudnya di sini, aturlah kehidupan kita mengikut SYARIAT / peraturan ALLAH. Apabila iman ditanam kukuh dalam jiwa, Syariat ditegakkan maka akan berbuahlah AKHLAQ yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi akan menyerlahkan kecantikan yang sebenar. Inilah yang dikatakan KECANTIKAN YANG HAKIKI/SEJATI. Biar wajah kurang Cantik, Tetapi JANGAN Perangai buruk! Apa gunanya mempunyai wajah yang cantik sekiranya ia digunakan untuk menggoda? Apa gunanya bibir yang cantik, sekiranya digunakan untuk mengumpat! Apa gunanya wajah yang indah, sekiranya mendedahkan AURAT?????

Cantik itu tidak salah kerana Allah menciptakan manusia dengan PELBAGAI KECANTIKAN. Tetapi salahnya apabila salah menggunakan KECANTIKAN itu. Ramai orang mengatakan, wanita yang cantik jarang berakhlaq????? diumpamakan bunga yang cantik, jarang yang wangi... Adakah itu satu TAMSILAN yang benar dan patut diiyakan selama-lamanya?? Di manakah letaknya maruah seorang wanita itu!!! Tepuk Dada, Tanyalah Iman kita...Wahai seluruh wanita, paparkanlah dan serlahkan kecantikanmu yang SEJATI. Usah dibanggakan KECANTIKAN lahiriah kerana semua itu hanyalah sementara. Pasti akan hilang di telan Zaman...

Pedoman Hidup:

"Tuhan tidak menciptakan manusia hodoh, tetapi Tuhan menciptakan manusia dengan KECANTIKAN yang Berbeza.."Serlahkan KECANTIKAN DALAMAN, kerana di situlah lahirnya KECANTIKAN SEJATI".

Wednesday, July 15, 2009

GELOMBANG KEHIDUPAN

Kehidupan adalah perjuangan!!!

Saudariku, kita perlu sedar bahawa hidup ini bagaikan satu siri GELOMBANG yang datang silih berganti. Ada kalanya, hadir gelombang kecil penuh ketenangan dan ada kalanya hadir gelombang itu besar penuh keganasan. Pada ketika gelombang ganas itu hadir, maka semuanya terasa serba tidak kena. Jika kita tidak mampu mengawalnya, maka akan hancurlah kita bersama gelombang itu. Di situ perlunya kekuatan dalaman mahupun luaran untuk terus mara berhadapannya.


Saudariku, begitulah ibaratnya dunia ini yang penuh fatamorgana. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja ataupun kesusahan semata-mata. Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surutnya dalam kehidupan. Ada senang, ada susah...Justeru dalam kehidupan ini, kita diajar tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin akan muncul kesusahan. Begitu juga, kita diajar tidak boleh terlalu sedih apabila hadirnya kesusahan kerana mungkin selepas itu, Allah akan mendatangkan perkara-perkara yang menggembirakan. Hidup ini penuh dengan HIKMAH yang perlu diselongkar sedalam-dalamnya agar kita dapat belajar tentang KEHEBATAN PENTADBIR SELURUH ALAM INI.


Saudariku, kesedaran tentang hukum Sunanatullah ini akan memberi KETENANGAN dalam kehidupan. Apabila ditimpa kesusahan, rasailah dalam hati...bahawa Ya, selepas ini pasti akan hadir kesenangan. Sabarlah sebentar, kerana kehidupan adalah satu ujian. Apabila kesenangan hadir, jangan kita alpa...kerana pastinya di situ akan hadir kesusahan. Bersiap sedialah menempuhnya. Hakikatnya, tidak ada kesenangan atau kesusahan yang abadi. Walau di dunia kita susah, sudah pastinya ganjaran KEBAHAGIAN akan dikecapai di dunia yang kekal abadi.


Saudariku, cabaran kita bukanlah untuk mengawal perubahan "cuaca" kehidupan itu, tetapi belajarlah mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah. Letakkanlah pegangan, DIA yang paling teratas..Pasti kita akan bahagia. KEHIDUPAN ADALAH PERJUANGAN!!!


Pedoman Hidup:

" Ujian hidup akan hadir dengan pengajaran dan pelajaran. Dan pelajaran itu datang bersama-sama tuntutan perubahan. Jika berkali-kali kita gagal menyesuaikan, maka itu bermakna kita gagal untuk berubah".

FOR YOU HUBBY.....

MY LOVE

Higher than the
sky above...
Deeper than the
see...
Stronger than the
winter winds...

Blowing through the
tress...
Richer than the
honey's taste...
Sweeter than the
daw....
Greater than the
reach of time...

THIS IS MY LOVE FOR YOU

Tuesday, July 14, 2009

KENANGAN INDAH

KURSUS INDUKSI 11 HINGGA 26 MAC 2009


"pertandingan ratu model bola?????"

Inilah kumpulan "BERLIAN" ukhuwwah kami masih terus terjalin
The Best Team...dalam pertandingan.



"pastinya anda mengenali penceramah tersebut? Tengah lantang memberikan analogi tentang erti "NILAI" antara kertas biasa dengan duit".

Tengah praktis nyanyi...nak cari penyanyi vokal yang terhebat di antara yang terhebat...huhu.
"ustazah fatimah wat jelingan maut..takutnyer..."
Saudari, ingin saya kongsikan kata-kata permata yang berbunyi " Jika Anda Tidak Bahagia, Anda Tidak Mampu Untuk Membahagiakan".
Bahagia....
setiap manusia impikan kebahagiaan,
Bahagia yang bagaimana?
Bahagia satu istilah yang Abstrak,
Diertikan mengikut hati masing-masing...
Ada yang menyatakan..
Bahagia kerana punya kemewahan,
Bahagia kerana punya gaji yang lumayan,
Bahagia kerana punya pekerjaan,
Bahagia kerana punya isteri ibarat bulan,
Bahagia kerana punya segala-galanya...
Wahai insan...
Adakah itu pengertian Bahagia?
Adakah bahagia itu yang dicari-cari selamanya?
Adakah bahagia itu yang ingin dimiliki?
Dan adakah itu bahagia hakiki?
Nukilan ini mungkin menjadi persoalan yang memerlukan jawapannya...biarlah hati yang bersih akan menyuarakannya.........
Pedoman Hidup:
" Jika anda mampu membuat diri anda INDAH, maka anda akan mampu melihat KEINDAHAN tiap-tiap sesuatu yang dipandang"

KEGEMBIRAAN TERSELIT KEPAHITAN



sempat possing dengan kumpulan UNIC
"rasa bangga akhirnya dapat juga pujuk UNIC untuk buat persembahan"
Hadiah buat semua

Alhamdulillah tidak sia-sia bersengkang mata melatih mereka
"memang Group NAHWAN'Z UiTMJB anda Luarbiasa Hebatnya"

Puas dengan persembahan yang disembahkan oleh para pelajar
"walau penat & tidak cukup rehat tapi syukur semua berjalan dengan lancar"


Api kemaraan yang membara,
begitulah kebencian kami terhadap keganasan Israel Laknatullah
"Allah lindungi & selamatkan Bumi Palestin"
Pada 8 Februari 2009, merupakan hari bersejarah dalam diari UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru apabila berjaya mengadakan satu majlis Seminar Amal Palestin. Tujuan penganjuran program ini adalah untuk mengumpul sumbangan melalui “derma kilat” untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin dan seterusnya memberi pendedahan serta meningkatkan kesedaran terhadap penderitaan, kesengsaraan dan keperitan yang dialami oleh saudara seIslam kita di Palestin. Hasil daripada kerjasama dan komitmen yang jitu ditunjukkan oleh semua pihak, akhirnya UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru telah berjaya mengumpulkan RM4817.85, ini merupakan suatu jumlah yang agak besar, yang boleh dibanggakan dengan melihat kepada kapisiti kampus dalam lingkungan hampir 500 orang yang hadir termasuk pelajar dan staf.
"Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana saya dapat menjalankan program ini dengan jayanya. Hasil sokongan padu daripada semua pihak. Sesungguhnya UiTMJB memang luar biasa hebatnya. Namun, kejayaan program ini terselit kepahitan yang terlalu sukar untuk dilupakan. Kenangan itu menjadi sejarah buat diriku sendiri. Aku redha & pasrah dengan ketentuanNYa. Semoga Engkau memberikan aku yang lebih terbaik daripada itu". Ameen.
Pedoman Hidup:
"Belajarlah menerima apa jua yang mendatang kerana di sebalik semua itu, pasti ada hikmatnya. Hiduplah dalam kehidupan yang sebenar. Dan ciptalah hidup dengan Kehidupan bukan Hidup untuk Hidup tetapi hidup dalam kehidupan".

Saturday, July 11, 2009

HATIKU GERSANG?????

Kenapa saat ini jiwaku teramat gersang...pilu....sedih...????

Terbayang segala kenangan di ruang mindaku...Rindunya aku pada semua..

Ku kongsikan semua kenangan indah ini melalui gambar-gambar pilihan diri..Pastinya setiap gambar itu mempunyai 1000 satu makna yang tersirat. Dan terpulang tamsilan kepada empunya diri yang melihatnya...Dan itulah realiti kehidupan yang dilalui oleh semua manusia..Ada suka, ada duka, ada pahit, ada manisnya....






Pedoman Hidup:
"Kita HIDUP dengan apa yang kita dapat TETAPI kita membina KEHIDUPAN dengan apa yang kita beri"

Friday, July 10, 2009

HADIAH ISTIMEWA BUAT PERMAISURI HATIKU











PUISI GELODAK JIWA MUJAHIDKU

ISTERIKU.....

Tahukah kau????
Awan rindu sedang menaungiku?
Dengan keluh kesah ia menerjah ruang hatiku?
Malam ini rindu hadir bersama indah bayangmu..
Sepanjang malam ia terjaga menemaniku....
Meskipun kelam malam semakin hilang.
Kedua mataku tak jua terpejam!
Tatkala siang datang menjelang...
Mataku tetap cerah dan kejang...

Duhai puteri..
Hatiku terkurung dalam rindu dan kasih padamu..
Jiwaku terseksa dengan jauhnya kau dariku..


Duhai permaisuri..
Kembalilah kau ke sisi
Moga hidup ku lebih bereerti
Bersemi kasih bersulam sayang
Dalam menuju cinta Arrahman...

Nukilan hati ini adalah pemberian suami tercinta khusus ditujukan pada diriku...Terima kasih wahai mujahidku...Semoga cinta kita terus kekal hingga ke akhirnya..Ameen.


Pedoman Hidup :

"Jika ingin dicintai dan disayangi...maka berilah cinta dan sayangmu dahulu kerana itu Hukum Kasih Sayang...Jangan dipersoalkan, Mengapa? Kenapa? kita tidak disayangi oleh orang lain????"

SALAM CERIA BUAT SEMUA

Assalamualaikum wbrkth...

Apa khabar para pembaca yang budiman? especially for u women......

Lama rasanya saya tidak update my blog. Rindu sebenarnya..namun disebabkan kengkangan masa dan kesibukan di akhir-akhir bulan 6 dan awal bulan 7 ini semuanya tergendala..Walau apapun bagi mereka yang luar biasa hebatnya! itu bukan satu masalah.

Ya, hari ini saya menyambung semula penulisan saya tentang "GERAKKAN KEHEBATANMU". Berbicara soal ini, suka saya kongsikan pada anda semua. Perkara ini sering saya nyatakan pada mereka yang sering melihat dirinya 'tiada apa-apa yang hebat!, lemah! dan tidak seperti orang lain. Saudara, Setiap insan yang Allah cipta sama sahaja kejadiannya. Punya akal, punya emosi, punya hati, punya fizikal dan punya proses kejadian yang lengkap. Apatah lagi, semua kita berasal dari keturunan yang sama iaitu nabi Adam a.s. Namun, mengapa mereka kelihatan HEBAT??? Jawapannya, ada pada diri anda sendiri. Apa sahaja yang diinginkan, kita boleh capai kerana Ilmu Allah itu tersangat luas terbentang. So, kita fikir-fikirkanlah!

Ok, berbalik kepada perbicaraan tentang tajuk "GERAKKAN KEHEBATANMU", elemen yang ke tujuh ialah "Rangkaian". Apa yang saya maksudkan dengan rangkaian? Rangkaian ialah bagaimana kita membina jaringan atau perhubungan dengan orang lain. Mereka yang hebat bilamana ia pandai Mencipta dan Membina Jaringan. Analoginya mudah sahaja, anda mempunyai ilmu dan bakat dalam apa sahaja bidang, namun, bolehkah pencapaian itu berkembang sekiranya anda diamkan! (hanya berlegar-legar di ruang lingkup anda sahaja). dan tidak dipublish kepada semua? Saya yakin dan percaya, semua itu pasti akan terkubur! Ciptalah beberapa banyak rangakaian / jaringan bagi menggapai impianmu kerana fitrah manusia itu sendiri adalah bermasyarakat / bersosial. So, belajarlah bagaimana kaedah "selling youself" but not jual maruah????

Seterusnya apabila anda sudah mencapai peringkat yang ke tujuh, so bagaimana mempertahankan matlamat / impian anda ialah "Sentiasa Mencari Atau Mencipta Peluang-Peluang dan Idea Baru". Inilah peringkat yang ke lapan. Di sini jugalah terciptanya kuasa-kuasa hebat sekiranya anda mahukan.

Setelah ke lapan-lapan perigkat anda telah penuhi dan kuasai, sudah pastinya KEJAYAAN itu akan anda gapai. Namun, untuk melihat kesinambungan kejayaaan itu terus maju anda perlu menjadi seorang yang KREATIF. dan inilah elemen yang ke sembilan dalam menggerakkan kehebatanmu untuk berjaya.



pedoman hidup:

" kejayaan yang hakiki adalah apabila kejayaan itu di pasakkan dengan iman yang mendalam,gerak kerja yang berterusan dan perancangan yang tersusun"

Tuesday, June 23, 2009

GERAKKAN KEHEBATANMU


STRIVE FOR SUCCESS ESPECIALLY FOR WOMEN!!!


Para muslimah @ wanita yang dikasihi, saya menyambung semula perbicaraan tentang Gerakkan kehebatanmu dalam erti kata KENALI DIRI UNTUK BERJAYA. Jika tulisan yang lalu saya menyentuh 3 elemen penting iaitu "Gerakkan Inisiatif Diri, Ucapkan/suarakan dan ketiga Aktifkan/Gerakkan segala Momentum" apa yang anda inginkan.


Setelah anda gerakkan ketiga-tiga perkara tersebut, keempat ialah PENGETAHUAN. Anda harus mencari atau mendapatkan seberapa banyak ilmu. Melalui ilmu itu, menjadikan anda yakin dan bermotivasi dengan potensi diri anda. Dengan ilmu juga, segala perancangan anda akan dapat dibentangkan dengan jayanya.


Kelima, GERAK HATI. Dengan adanya perancangan dan ilmu /idea, anda harus mempunyai gerak hati (Naluri) dalam Memilih Haluan. Anda harus tahu di mana dan ke mana anda hendak tuju!

Keenam, BIJAK. Apabila lengkap perjalanan 1 hingga 5 (perkara satu hingga kelima), so anda perlu KEBIJAKSANAAN. Kebijaksanaan?? macam mana nak jadi bijak? Bagi saya, setiap insan Allah telah mencampakkan sifat kebijaksanaan pada dirinya. Cuma terpulang bagaimana ia mengasah kebijaksanaan itu melalui peluang-peluang yang terbuka luas. So fikir-fikirkanlah..."kerana kebijaksanaan seseorang itu juga akan menjadi hebat bilamana ia sentiasa menggunakan akal fikirannya". Berfikir menggerakkan diri mencari kebenaran, mengenal pasti kebaikan. Justeru berfikir pasti akan bertemu bekal dan kebenarannya. Perkara ini jelas di dalam firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi yang berfikir (ulul albab). (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ‘Wahai Tuhan kami Kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka’.” (surah Ali-Imran ayat 190-191).


Sekiranya kebijaksanaan itu telah ada barulah diikuti dengan KEKAYAAN. Sekiranya kekayaan ditangan, so bagaimana untuk kita mempertahankkannya???Oleh itu, kita perlu bergerak ke peringkat yang keTUJUH...Apa peringkat yang ketujuh itu??? InsyaAllah saya akan sambung semula perbicaraan ini.


Semoga perkongsian ini ada manfaatnya.

Pedoman hidup:

"Ilmu merupakan pintu gerbang kepada segala kebaikan"

Friday, June 19, 2009

MOTIVASI DIRIMU




Salam...

Hari ini, suka saya ingin kongsikan pengalaman dan rasa hati yang mungkin boleh dijadikan motivasi ke arah yang lebih baik..beberapa hari yang lepas, saya didatangi oleh seorang klien. Puan, berilah petua dalam temuduga dan bagaimana saya ingin menjadi seorang yang berani? Dan banyak lagi soalan yang diajukan, namun cukup dua persoalan ini yang ingin saya kongsikan.

Saya memerhatinya dan cuba untuk memahami situasi dirinya ketika itu, mendalami perasaan dan emosinya serta empati apa yang dilaluinya...Saya memberinya senyuman yang cukup manis dan indah, agar ia merasai aura ketenangan dan rasa dirinya diterima.

Saudara/i, bukan mudah untuk orang menerima dan mempercayai diri kita. Namun, saya yakin bila keikhlasan itu kita pamerkan dan niat kita semata-mata keranaNYa semuanya akan berjalan dengan mudah. Benarlah hadith nabi saw yang bermaksud " Hanya segala amal adalah dengan niat". riwayat Bukhari & Muslim.

Ok berbalik pada persoalan tadi, saya hanya katakan padanya "don't afraid, my dear" , jika pekerjaan itu adalah rezeki untuk anda, tiada siapa atau perkara yang boleh menghalangnya melainkan Allah. Apa yang penting, "u must trust u self" dan yakin dengan ketentuan Allah. Jika anda ikhlas untuk pergi temuduga keranaNya, sudah pasti di situ ada jalan kemudahan dan kekuatan yang diberikan. Yakinlah...




Pedoman Hidup:


"Indahnya hidup ini apabila Allah adalah segala-galanya"

Wednesday, June 17, 2009

GERAKKAN KEHEBATANMU

Kehidupan Satu Perjuangan...

Hidup adalah perjuangan..Kehidupan merupakan satu pentas lakonan. Setiap individu mempunyai watak-watak tersendiri. Bagaimana ia mencapai tujuan hidupnya? Terpulang kepada rasa hati yang empunya diri. Jika dipilih jalan yang baik, maka baik lah hasil. Namun jika dipilih jalan kegagalan, maka pastinya kegagalan itu akan terhasil.

So bagaimana hendak melonjakkan potensi diri??? Specially buatmu bernama WANITA. Bagi saya, rumus di bawah ini sekadar perkongsian untuk direnung, diselami dan dipraktikkan sekiranya ia bersesuaian dengan dirimu...

Perkara ini merangkumi 9 item penting iaitu:

" Pertama, Dalam Kehidupan untuk berjaya dalam apa jua yang kita inginkan...perlu bermula pada INISIATIF DALAM DIRI. Setiap perkara bermula dengan permulaan. Ia datang atau wujud daripada diri anda, kerana anda yang menggerakkannya. So semua itu bermula dari inisiatif anda sendiri. "

" Kedua, Sekiranya impian /kehendak itu telah ada, untuk bermula harus UCAPKAN/SUARAKAN. Barulah anda dan orang lain tahu apa yang anda ingin lakukan..Jangan biarkan ia hanya bermain-main difikiran anda sahaja. Sesuatu itu berlaku bila anda lakukan. "

" Ketiga, setelah anda faham & jelas apa yang anda inginkan, AKTIFKAN @ GERAKKAN SEGALA MOMENTUM itu. Barulah anda akan sedar secara holistik dari segi Kognitif (fikiran), Afektif (perasaan/emosi) dan Behavior (tingkahlaku) anda."

Untuk seterusnya, saya akan sambung perkongsian ini...So, Tungguuuuuu...

Pedoman Hidup :

"Tiada sesuatu yang mustahil, kerana ilmu Allah itu terlalu luas. Ambillah segala macam peluang yang ada selagi kita bernyawa."

Monday, June 15, 2009

TITIPAN BUATMU WANITA SOLEHAH


Wanita solehah itu....
auratnya dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu...
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya
yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula...
terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali...
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
NAFSU mengatakan wanita cantik,
kerana paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
AKAL mengatakan wanita cantik,
atas kemajuan dan kebijaksanaannya dalam ilmu,
serta pandai dari segala aspek,
HATI menyatakan kecantikan wanita
hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita solehah
jangan dibangga dengan KECANTIKAN LUARAN,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Wahai wanita solehah
jaga dan peliharalah KECANTIKAN DALAMAN,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi.
Wahai wanita solehah
jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita solehah
jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah
jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu...
tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untukmu, Wanita solehah.

"Wanita perhiasan dunia, Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"
Pedoman hidup:

"wanita, hidup ini hanya sementara...bersamalah kita melayari bahtera hidup ini dengan penuh keimanan. Usah dicari hubbuhduniawi yang fana ini, letakkanlah ketinggian cintamu hanya padaNYa, pastinya ketenangan itu hidup subur di hati..."

Engkau Satu Dalam Berjuta


Perempuan...
Perawan...
Wanita..
Muslimah..
Mukminah...
Mithali...
Nisa'...
Ustazah...

adalah gelaran-gelaran yang diberikan kepadamu yang bernama WANITA...

Indahnya wanita itu
bila diri diri dihiasi sifat malu
bila diri dihiasi dengan bicara santun
bila diri dihiasi dengan langkah sopan
bila diri dihiasi pakaian iman
bila diri dihiasi rasa takut pada kemaksiatan
bila diri dihiasi hijab
bila diri menjadikan Al-Quran & Hadith sebagai pedoman hidup..











Namun, kini wanita
semakin hilang rasa malu..
semakin hilang kesantunan..
semakin hilang rasa takut..
semakin hilang jati dirinya...
semakin hilang pegangan hidupnya..

Apa yang dibanggakan
kecantikan sehinggakan sanggup mempamerkan tubuh..
keberanian sehinggakan apa yang lelaki boleh lakukan, pasti wanita boleh...
kemewahan sehinggakan sanggup menggadaikan maruah...
kecerdikan sehinggakan sanggup mengecap kebahagian dunia seluruh...


" Jadilah wanita idaman, punya hati yang bersih, akal yang bijak dan tingkahlaku yang baik. sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah..."






Pedoman Hidup:
" Benteng yang paling kuat adalah Wanita Solehah. Sikap Redha dan berlapang dada menerima apa adanya (qana'ah) adalah perbendaharaan yang tidak kunjung habis.."


Sunday, June 14, 2009

Salam Perpaduan Kepada Pembaca Budiman


HADAPILAH HIDUP INI DENGAN SENYUMAN:-)


Hari ini, jiwaku terlalu amat sedih...kerinduan pada orang-orang yang kusayangi.

Selama seminggu bersama dengan adik, berkongsi cerita dan membuat aktiviti rumah bersama-sama. Hujung minggu yang lalu pulak dapat jumpa suami tercinta. Masa itu begitu indah. Tapi bila balik semula kat Johor, sepinya hati rasa ingin menangis je..Memang perit hidup tanpa ada orang di sisi kita menemani..


Bila aku terfikir, betapa hebatnya iman muslimah terdahulu jika dibandingkan wanita pada hari ini. Mereka boleh redha dan berlapang dada menghadapi apa jua keadaan yang ditimpakan. Kerana keyakinan yang tinggi terhadap Penciptanya bahawasanya setiap dugaan & ujian itu pasti ada hikmah & kemanisannya. Kadang-kadang ia datang tanpa kita duga kerana Allah telah berjanji bahawa setiap apa yang hambanya kerjakan dengan ikhlas dan tanpa keluh kesah pasti akan ada ganjarannya. Benarlah sebagaimana FirmanNYa dalam surah An.Nahl:97 yang bermaksud " Sesiapa berbuat kebaikan, sama ada lelaki mahupun perempuan, sedang dia beriman, maka kami akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan Kami akan berikan pahala mereka dengan yang lebih baik dari apa yang mereka lakukan..."


Ya, memang tidak dinafikan setiap manusia perlukan orang lain dalam hidupnya. Namun, jika kita sentiasa meletakkan Allah yang paling teratas dalam seluruh jiwa, roh dan jasad kita, sudah pastinya tiada apa perkara yang dapat mempengaruhi atau melemahkan. Kita akan bersedia menghadapi setiap apa yang mendatang, baik ataupun buruk, suka ataupun duka. Kerana nikmat kemanisan iman itu. Ya Allah, ku pohon keampunan dariMu dari segala kejahilan ku, Berilah aku kekuatan iman dalam berhadapan apa jua ujianMu, kerana ku tahu ya Allah, setiap itu adalah tanda kasih sayangMu untuk aku lebih dekat padaMu.. Ya Allah, Anta Matlubi Wa Anta Maksudi...hapuskanlah segala kegusaranku, agar aku menjadi hambaMu yang hebat dipandanganMU ya Allah.. kerana itulah yang paling terbaik...


Ya Allah peliharalah diriku dan kaum sejenisku dari segala kemaksiatan, kerana wanita merupakan perhiasan dunia yang terindah, namun wanita juga adalah pemusnah yang terhebat..


Pedoman Hidup:


" kemuliaan hanya akan diberikan kepada mereka yang bersabar"