Friday, October 9, 2009

SALAM KASIH SAYANG UNTUK SEMUA!

Assalamualaikum...

Kepada semua yang mengenali diri ini, salam kemaafan kepada yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini tetapi sudah sekian lama tidak "update". Kali ini, kekuatan diberikan dariNYA untuk berkongsi cerita, ilmu, pengalaman dan apa sahaja untuk dijadikan panduan dan pengajaran dalam menjalani kehidupan yang merupakan satu perjuangan yang tiada sudahnya.

Mungkin ada juga yang bertanya, mengapa saya lama menyepi? Adakah sudah hilang minat untuk menulis atau kenapa??? Sebenarnya 2 bulan lebih kesihatan saya tidak begitu baik. Lantaran menghadapi "morning sickness" yang agak teruk juga. Namun, kupanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana di sebalik kesakitan itu, rupa-rupanya Allah menghadiahkan sebuah nikmat yang begitu besar. Alhamdulillah..Terima kasih ya Allah kerana engkau memberi rezeki anak yang kedua (dah masuk 3 bulan) setelah Engkau mengambil yang pertama untuk menantiku di dunia yang kekal abadi. InsyaAllah.

Di dalam kesusahan, kesakitan dan keperitan yang di alami, hati lantas berbicara, " terlalu banyak nikmat yang telah Allah bagi kepada kita, namun bila sedikit kepayahan kekadang kita merungut dan keluh kesah yang menggunung tinggi. Betul tak? Sebenarnya, setiap kesusahan itu pasti disudahi dengan kemudahan. Ibaratnya selepas cucuran airmata kesedihan pasti akan muncul sebuah senyuman, selepas malam akan menjelma siang, selepas awan mendung pasti akan cerah, selepas kesedihan pasti akan hadir kegembiraan, kerana itu janji Allah. Setiap yang berlaku adalah ujian dan dugaan Allah untuk menguji HambaNya mengikut kemampuannya. So, bersabarlah setiap apa yang berlaku. semua ada hikmah disebaliknya bagi mereka yang yakin dengan janji-janjiNya. "Allah kelak akan menjadikan kelapangan selepas kesempitan". Semoga kita menjadi hambanya yang sentiasa redha dan berlapang dada..

Dikesempatan ini juga, rasa masih belum terlambat saya mengucapkan "selamat hari raya eidulfitri, maaf zahir & batin".

Pedoman Hidup:

"Kenali Allah dalam suka, maka Ia mengenalmu dalam duka"

No comments:

Post a Comment