Saturday, January 23, 2010

MAHLIGAI KASIH

Bisikan Jiwa & Perasaan Isteri


Saudara pembaca yang dikasihi Allah.. Ntah kenapa hari ini, jiwa membuak-buak untuk menulis & berkongsi sedikit tentang bisikan-bisikan jiwa & perasaan hati seorang yang bergelar isteri...Mungkin disebabkan perkongsian cerita dan pengalaman orang lain menjadikan diri ini ingin menulis berkenaan tajuk ini. Memang sukar untuk dimengertikan "Mahligai Kasih" yang dibina oleh dua pasangan yang telah diijabkabulkan. Semuanya terletak pada persepsi, ilmu, pengalaman dan dasar pembinaan sesebuah rumahtangga itu. Namun bagi saya, apa yang paling utama ialah berbalik kepada ajaran yang Esa dan RasulNya kerana di situ penuh dengan pengajaran yang perlu difahami dan didalami di dalam menyelusuri kehidupan berumahtangga.

Rumahtangga ibarat bahtera. Ada masanya laut itu tenang, ada masanya ia bergelora. Waktu tenang, mana-mana kapal pun boleh berlayar. Namun, waktu bergelora barulah kita dapat tahu keutuhan kapal dan isinya diuja. Begitulah halnya dalam rumahtangga. Kadang sukar untuk kita menerima pasangan kita mempunyai sikap yang sebelum ini sama sekali kita tidak jangkakan. Namun, sekali kita bina "mahligai kasih" itu maka kita sedaya upaya akan cuba untuk pertahankan. Kerana itu adalah lafaz perjanjian yang kita patrikan semasa termeterainya akad nikah antara kau dan aku (pasangan suami isteri). Ramai pendapat menyatakan hubungan rumahtangga itu akan terus harmoni apabila si isteri perlu banyak berkorban? Pandai ambil hati suami? Ikut rentak suami? pokok pangkalnya banyak terletak pada bahu isteri??? Betulke pandangan & andaian ini???

Perasaan cinta dan kasih sayang adalah naluri semula jadi yang normal bagi setiap insan. naluri ini mendorong keinginan dalam diri seseorang bagi menjalin kemesraan dengan orang yang dikasihinya. Sesebuah perkahwinan memerlukan cinta, kasih sayang dan kemesraan antara kedua-duanya (suami dan isteri) bagi mewujudkan sebuah perkahwinan yang benar-benar bahagia dan berjaya. Namun, cinta-mencintai tidak akan berlaku dalam rumahtangga melainkan disemai dan dibaja selalu. Ia memerlukan komitmen kedua-dua pihak.

Benarkah semakin bertambah usia perkahwinan, semakin layu kasih sayang dan kemesraaan pula menjadi semakin hambar??? Tahukah para suami, seorang isteri itu dahagakan perhatian dan kemesraan yang ikhlas daripada suaminya?? Namun hal-hal sebegini mungkin dianggap remeh oleh para suami. Ramai suami memberi alasan, cinta tidak perlu digambarkan, tempatnya di hati. Anggapan seperti ini tidak benar sama sekali, malah anggapan ini yang sering menikbulkan fenomena-fenomena yang kurang sihat dalam perkahwinan. Bagaimana pula pandangan anda terutamanya kepada para suami??

Pedoman Hidup:

"Kebahagian rumahtangga bukanlah pada kuantiti masa yang diluangkan bersama-sama isteri atau anak-anak tetapi penentunya adalah kualiti menghabiskan masa bersama-sama".

Sunday, January 10, 2010

RENUNGAN

TAHUKAH ANDA !!


Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui " Bahawa Allah sahaja Yang patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Pesuruh Allah ".

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauan dan jumlah penduduknya seramai lebih 200 juta orang. sebaik sahaja masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang melaungkan Keagungan Allah swt dan Nabi Muhammad saw.

Proses ini akan bergerak ke arah Barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa timur dan barat Indonesia adalah satu hingga dua jam. Belumpun laungan azan di merata Indonesia selesai, ia bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Myammar dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke srinagar di Barat India. Perbezaan waktu di bandar-bandar Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belumpun berakhir di Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat, Oman. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke Pantai Timur Atlantik. Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke Pantai Timur Atlantik adalah 9 hingga 12 Jam. Belumpun azan Subuh berkumandang di Pantai Timur Atlantik, azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Hal ini berterusan bagi setiap waktu solat dan tidak putus-putus.

Subahanallah, Maha besar & Agungnya Allah, begitu hebat dan agungnya Islam. kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara, maka akan bergegar satu dunia dengan laungan azan yang tiada terputus-putus. Begitulah kehebatan Pencipta Kita. AllahuAkhbar!!!
Petikan dari majalah I, Ogos 2008

Pedoman Hidup:
"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, Nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan ) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" (Muhammad:7)

Tuesday, January 5, 2010

KISAH TELADAN


KEBERANIAN!!!!

Dalam satu kursus bina semangat di sebuah kem, seorang pengurus besar telah mencabar sekumpulan pekerjanya. Dia amat yakin bahawa pekerjanya pasti tidak akan berani menyahut cabarannya itu.
Kata pengurus: " sesiapa yang berani terjun dan berenang ke seberang sungai yang dipenuhi buaya ini, saya akan beri 3 pilihan ; 1. menjadi Penolong Pengurus Besar, 2. 50 bulan bonus atau 3. rumah saya".

Oleh kerana tiada siapa yang menyahut cabaran itu, pengurus itu tersenyum dan mengarahkan mereka melintasi sungai itu dengan jambatan yang ada. Dum!!! percikan air . Tiba-tiba mereka terdengar seperti bunyi seseorang terjum ke dalam air dan mendapati seorang pekerja sedang berenang dengan lajunya ke seberang sungai. Pekerja itu hampir-hampir dibaham oleh salah seekor buaya yang ganas lagi lapar.

Apalagi pengurus besar itu kagum dengan keberanian pekerjanya itu dan seperti dijanjikan, dia meminta pekerja itu membuat pilihan.

Kata pekerja: (dengan tercungap-cungap menjawab)," saya nak tahu siapakah yang
telah menolak saya ke dalam sungai tadi ".

Semua orang jadi blurr....

Kata Tulip Merah: " keberanian itu adakalanya muncul dalam satu situasi yang
genting. Apabila menghadapi masalah barulah kita benar-benar berusaha sekali gus
menyerlahkan potensi diri yang ada. So, belajar untuk bijaksana dalam semua hal ".


Pedoman Hidup:
" It's Not The Chances We Take, It's The Choice We Make, That Determine Our Destiny."

Monday, January 4, 2010

CORETAN SECEBIS KEHIDUPANKU...

Sudah hampir 3 minggu saya berada di UiTM Machang di Negeri Kelantan yang juga digelar sebagai Serambi Mekah. Namun, jauh di sudut hati ini masih merindukan suasana UiTM JB dan semua sahabat2 staf di sana. Rindu pada semua.... Di sana walaupun kampus tidak sehebat di sini, tapi keeratan hubungan staf dari satu bahagian dengan bahagian yang lain sangat rapat. Tidak seperti di sini, kemesraan hanya dapat dirasakan pada bahagian itu sahaja.

Memang terasa asing diri ini berada di sini. Tapi atas dasar keramahan dan juga kemahiran interpersonal akhirnya keterasingan diri ini sedikit sebanyak dapat di atasi. Tapi jiwaku tetap merindui suasana & sahabat-sahabat staf di JB. Jika di sana (JB) saya memang seorang yang sibuk dengan perancangan demi perancangan sama ada dari sudut aktiviti Unit Kerjaya & Kaunseling atau Program2 yang dianjurkan oleh kampus, tapi kat sini (Machang) agak boring sebab banyak duduk diam dan tidak ada kerja. Maklumlah, kaunselor seorang lagi tengah cuti bersalin. So, kena tunggu untuk kami sama-sama rancang program2 untuk memastikan visi & misi UKK dan Kampus terus cemerlang. InsyaAllah..

Walau apapun, aku sangat bersyukur segala kesedihan dan kerinduanku pada kampus JB dan sahabat2 staf di sana terubat apabila dapat duduk bersama dengan orang tersayang "my husbandlah". Segala2nya menjadi tenang dan bahagia. That's right, kehidupan ini akan selalu bahagia bila sentiasa berdamping dengan orang yang kita sayang. Begitulah, apabila hati dan seluruh jiwa kita hanya untuk Allah. Sudah pastinya kebahagian dan ketenangan akan sentiasa hadir. Terima Kasih ya Allah di atas pemberian nikmatMu ini. Aku amat bersyukur.

Ya, bila ku hitung kembali hampir 2 tahun kami terpisah, duduk berasingan. memang ia tidak mudah. Namun kerana 'ada'nya Allah, kami saling merestui pengorbanan ini. Begitulah juga perpisahan pada semua sahabat staf di UiTM JB. Terlalu banyak kenangan manis tercipta. Namun semua itu, sebagai hamba Allah perlu redha dan pasrah menerima ketentuanNya. Kerana setiap perkara yang kita inginkan, kita tidak akan kecapi. Pastinya ada salah satu yang perlu dilepaskan demi mencapai sesuatu itu.

Seperti yang Ustaz Pahrol Mohamad Juoi tuliskan di dalam lirik nasyidnya, "Bertemu tidak jemu, berpisah tak gelisah".


Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu
Ia tidak ternilai
Kerana di antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi
Biar berpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu
Berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah…
Namun...
Apa yang penting
Semoga apa yang kita lalui wahai sahabatku
Beroleh Keredhaan dan KeberkatanNya
Kerana itulah tujuan hidup ini.
Pedoman Hidup;
"Usah Ditangisi setiap yang berlaku, kerana pastinya di situ ada hikmah yang tersembunyi yang lebih indah untuk kita kecapi".

Sunday, January 3, 2010

SALAM KASIH SAYANG


Salam pertemuan buat semua..
Muhasabah buat diri yang yang dahaga CINTAMU..

Hamparan perjalanan ini,
Penuh ranjau dan duri-duri,
Yang boleh menggamit seribu rasa,
Yang jelas terasa pahit maungnya…

Tatkala ku lewati daerah ini,
Aku tertunduk sendiri..
Apakah harus ku tempuh jua,
Meniti jalan penuh onak derita…
Jiwaku segera menghitung rasa,
Apakah ku mampu harungi semua,
sedangkan aku tak punya ilmu cukup di dada....
Di celah kekalutan jiwa,
Ku menghitung semula,
Siapa diriku sebenarnya….
Diciptakan Tuhan sebagai Hamba?
Dicipta Tuhan Sebagai khalifah Pentadbir Dunia?
Atau dicipta Sebagai Pembela Agama?
Penerus Perjuangan Para Anbiya'!
Kini kusedari...
Kehidupan adalah Perjuangan,
Akan ku teruskan perjalanan,
Semoga redhaNya sentiasa mengiringi…
Menyambung Perjuangan Rasul Mulia..
Namun Aku Sedar...
Setiap perjalanan kususur,
Kekadang langkahku tersungkur,
Mengundang pelbagai kedukaan,
Kepahitan,
Kesengsaraan,
Yang pastinya menggamit sejuta kelukaan...
Namun Ya...
Harus kugagahi jua,
Berpaut pada pepohon Doa,
Ya Allah bantulah hamba…
Jangan biarkan aku terkulai layu,
Tenggelam bersama bisikan-bisikan palsu…
Lantas aku lesu,
Hilang dan terus terbelenggu....
Ya Allah...
Inginku berdiri kembali,
Mengumpul kekuatan diri,
Kerana ku yakini,
Di daerah perjuangan ini,
Sudah tersurat warkah derita,
Yang harus dirasai si Pejuang Agama,
Walau Badai Bergelora,
Walau Ribut Taufan Melanda,
Jangan Berundur Walau Setapak Jua..
Ingatlah...
Perjuangan itu Pahit...
Kerana Syurga itu Manis...
Yang Pasti ia Milik Insan yang IKHLAS Cintanya UntukMu YA RABB.
Pedoman Hidup:
"Walau sehebat mana dugaan menimpamu, Yakinlah itu hanyalah Ujian dariNYa untuk meningkatkan Keimananmu di sisi TuhanMu",