Saturday, January 23, 2010

MAHLIGAI KASIH

Bisikan Jiwa & Perasaan Isteri


Saudara pembaca yang dikasihi Allah.. Ntah kenapa hari ini, jiwa membuak-buak untuk menulis & berkongsi sedikit tentang bisikan-bisikan jiwa & perasaan hati seorang yang bergelar isteri...Mungkin disebabkan perkongsian cerita dan pengalaman orang lain menjadikan diri ini ingin menulis berkenaan tajuk ini. Memang sukar untuk dimengertikan "Mahligai Kasih" yang dibina oleh dua pasangan yang telah diijabkabulkan. Semuanya terletak pada persepsi, ilmu, pengalaman dan dasar pembinaan sesebuah rumahtangga itu. Namun bagi saya, apa yang paling utama ialah berbalik kepada ajaran yang Esa dan RasulNya kerana di situ penuh dengan pengajaran yang perlu difahami dan didalami di dalam menyelusuri kehidupan berumahtangga.

Rumahtangga ibarat bahtera. Ada masanya laut itu tenang, ada masanya ia bergelora. Waktu tenang, mana-mana kapal pun boleh berlayar. Namun, waktu bergelora barulah kita dapat tahu keutuhan kapal dan isinya diuja. Begitulah halnya dalam rumahtangga. Kadang sukar untuk kita menerima pasangan kita mempunyai sikap yang sebelum ini sama sekali kita tidak jangkakan. Namun, sekali kita bina "mahligai kasih" itu maka kita sedaya upaya akan cuba untuk pertahankan. Kerana itu adalah lafaz perjanjian yang kita patrikan semasa termeterainya akad nikah antara kau dan aku (pasangan suami isteri). Ramai pendapat menyatakan hubungan rumahtangga itu akan terus harmoni apabila si isteri perlu banyak berkorban? Pandai ambil hati suami? Ikut rentak suami? pokok pangkalnya banyak terletak pada bahu isteri??? Betulke pandangan & andaian ini???

Perasaan cinta dan kasih sayang adalah naluri semula jadi yang normal bagi setiap insan. naluri ini mendorong keinginan dalam diri seseorang bagi menjalin kemesraan dengan orang yang dikasihinya. Sesebuah perkahwinan memerlukan cinta, kasih sayang dan kemesraan antara kedua-duanya (suami dan isteri) bagi mewujudkan sebuah perkahwinan yang benar-benar bahagia dan berjaya. Namun, cinta-mencintai tidak akan berlaku dalam rumahtangga melainkan disemai dan dibaja selalu. Ia memerlukan komitmen kedua-dua pihak.

Benarkah semakin bertambah usia perkahwinan, semakin layu kasih sayang dan kemesraaan pula menjadi semakin hambar??? Tahukah para suami, seorang isteri itu dahagakan perhatian dan kemesraan yang ikhlas daripada suaminya?? Namun hal-hal sebegini mungkin dianggap remeh oleh para suami. Ramai suami memberi alasan, cinta tidak perlu digambarkan, tempatnya di hati. Anggapan seperti ini tidak benar sama sekali, malah anggapan ini yang sering menikbulkan fenomena-fenomena yang kurang sihat dalam perkahwinan. Bagaimana pula pandangan anda terutamanya kepada para suami??

Pedoman Hidup:

"Kebahagian rumahtangga bukanlah pada kuantiti masa yang diluangkan bersama-sama isteri atau anak-anak tetapi penentunya adalah kualiti menghabiskan masa bersama-sama".

3 comments:

  1. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    ReplyDelete
  2. sy dengar puan dah bersalin....tahniah...
    semoga puan dilimpahi rahmat Allah selalu...

    ReplyDelete
  3. blog ini begitu inspiratif, saya suka membaca mayoritas isinya..
    keep posting.

    ReplyDelete