Sunday, June 14, 2009

Salam Perpaduan Kepada Pembaca Budiman


HADAPILAH HIDUP INI DENGAN SENYUMAN:-)


Hari ini, jiwaku terlalu amat sedih...kerinduan pada orang-orang yang kusayangi.

Selama seminggu bersama dengan adik, berkongsi cerita dan membuat aktiviti rumah bersama-sama. Hujung minggu yang lalu pulak dapat jumpa suami tercinta. Masa itu begitu indah. Tapi bila balik semula kat Johor, sepinya hati rasa ingin menangis je..Memang perit hidup tanpa ada orang di sisi kita menemani..


Bila aku terfikir, betapa hebatnya iman muslimah terdahulu jika dibandingkan wanita pada hari ini. Mereka boleh redha dan berlapang dada menghadapi apa jua keadaan yang ditimpakan. Kerana keyakinan yang tinggi terhadap Penciptanya bahawasanya setiap dugaan & ujian itu pasti ada hikmah & kemanisannya. Kadang-kadang ia datang tanpa kita duga kerana Allah telah berjanji bahawa setiap apa yang hambanya kerjakan dengan ikhlas dan tanpa keluh kesah pasti akan ada ganjarannya. Benarlah sebagaimana FirmanNYa dalam surah An.Nahl:97 yang bermaksud " Sesiapa berbuat kebaikan, sama ada lelaki mahupun perempuan, sedang dia beriman, maka kami akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan Kami akan berikan pahala mereka dengan yang lebih baik dari apa yang mereka lakukan..."


Ya, memang tidak dinafikan setiap manusia perlukan orang lain dalam hidupnya. Namun, jika kita sentiasa meletakkan Allah yang paling teratas dalam seluruh jiwa, roh dan jasad kita, sudah pastinya tiada apa perkara yang dapat mempengaruhi atau melemahkan. Kita akan bersedia menghadapi setiap apa yang mendatang, baik ataupun buruk, suka ataupun duka. Kerana nikmat kemanisan iman itu. Ya Allah, ku pohon keampunan dariMu dari segala kejahilan ku, Berilah aku kekuatan iman dalam berhadapan apa jua ujianMu, kerana ku tahu ya Allah, setiap itu adalah tanda kasih sayangMu untuk aku lebih dekat padaMu.. Ya Allah, Anta Matlubi Wa Anta Maksudi...hapuskanlah segala kegusaranku, agar aku menjadi hambaMu yang hebat dipandanganMU ya Allah.. kerana itulah yang paling terbaik...


Ya Allah peliharalah diriku dan kaum sejenisku dari segala kemaksiatan, kerana wanita merupakan perhiasan dunia yang terindah, namun wanita juga adalah pemusnah yang terhebat..


Pedoman Hidup:


" kemuliaan hanya akan diberikan kepada mereka yang bersabar"

5 comments:

  1. salam,

    bila hati jauh dari manusia..maka akan hampir dengan Allah..

    ReplyDelete
  2. ya, hati sering bertanya bagaimana ingin memiliki kehebatan iman Rabiatuladawiyyah? Cintanya & hidupnya hanya untuk RabbulIzzati..Bila kita nyatakan, salahkah dunia sekarang? mungkin tidak!siapa yang bersalah?

    ReplyDelete
  3. Iman perlukan pengorbanan..
    hari ini, siapakah yang sedia berkorban supaya hatinya diperkaya dengan Iman oleh Allah SWT..?
    Korban ialah mengekang keinginan hawa nafsu untuk taat perintah Allah SWT..

    " Barangsiapa menahan matanya dari melihat yang haram, akan dikurniakan Iman yang dapat dirasakan kemanisannya.."

    ReplyDelete
  4. Ya, hebatnya seseorang itu bila mampu mengawal hawa nafsunya. Wanita tundukkanlah pandanganmu, bajailah dirimu dengan sifat malu & tabirlah dirimu dengan pakaian iman. Bantulah kami ya Allah mencari redhaMU di dunia yang penuh dugaan!

    ReplyDelete