Wednesday, May 20, 2009

PESANAN BUATMU BERNAMA WANITA!

Wanita..
Makhluk ciptaan-Nya yang sangat unik.
Wanita antara senjata yang paling ampuh
membawa kepada kemusnahan @ keindahan.
Wanita..
Jangan mahu dikuasai oleh perasaan yang tidak berasas,
Terima dan nikmatilah apa yang ada,
Kerana segalanya akan berakhir sebagaimana ia bermula.
Bagaimana????
Dua pengubat yang perlu ditanam kukuh di dalam jiwamu wahai wanita. Sifat Redha dan Berlapang dada merupakan sikap hidup yang sangat baik. Sikap ini dapat membantu mengusir kegelisahan dan membantumu mencapai kejayaan dalam setiap apa yang engkau inginkan.

Semalam saya sempat mengutip mutiara tazkirah ketika bersolat dimasjid daripada seorang ustaz. Beliau menyatakan, sifat redha dan rela/berlapang dada perlu di tanam dalam diri sepanjang menjalani kehidupan ini. Sebagai contoh, mengapa perlu kita menangis @ bersedih apabila berjauhan dengan orang yang kita sayangi. Kerana kesedihan itu hanya sia-sia. Walaupun kita tangisi perkara itu tetapi hakikat kita tetap berjauhan jua. Seharusnya kita berlapang dada, redha dan rela dengan ketentuan-NYA . Kerana setiap yang Allah bagi kepada hambaNYa, pasti ada kemanisan di hujungnya. Emm...terfikir sejenak diri ini..adakah kedua-dua sifat ini tertanam kukuh di dalam diri? Semoga Allah memberi kekuatan dan Kerahmatan buat diri ini dan kita semua.

Wanita,
Terkadang kita suka pada apa yang kita inginkan, tetapi sebenarnya memberi keburukan kepada kita. Terkadang apa yang kita tidak suka, sebenarnya itulah yang mendatangkan kebaikan kepada kita. So, mohonlah selalu pada-NYA supaya diberi petunjuk dan ilham dalam setiap keputusan @ tindakan yang kita ambil. Moga keberkatan itu sentiasa bersama-sama.
Pedoman Hidup;

"Redhalah dengan apa yang anda perolehi, terimalah pemberian Allah dengan seadanya. Lupakanlah angan-angan yang tidak sesuai dengan apa yang anda usahakan, dan di luar kemampuan."

2 comments:

  1. Selamat menjadi blogger wahai isteriku. Semoga ia menjadi salah satu wasilah dakwah kita dalam menuju Yang SATU. Redhalah kerana redha itu adalah tanda yang kita tahu bahawa Allah sedang berbicara dengan kita. Dia mengajar erti hidup yang paling indah apabila kita berserah diri kepadaNYA.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih buat suami yang dicintai. Kata-kata nasihat akan terpatri di hati ini. Semoga blog ini menjadi satu medan dakwah di dalam memberi kesedaran pada diri ini dan orang lain. InsyaAllah.

    ReplyDelete