Monday, January 4, 2010

CORETAN SECEBIS KEHIDUPANKU...

Sudah hampir 3 minggu saya berada di UiTM Machang di Negeri Kelantan yang juga digelar sebagai Serambi Mekah. Namun, jauh di sudut hati ini masih merindukan suasana UiTM JB dan semua sahabat2 staf di sana. Rindu pada semua.... Di sana walaupun kampus tidak sehebat di sini, tapi keeratan hubungan staf dari satu bahagian dengan bahagian yang lain sangat rapat. Tidak seperti di sini, kemesraan hanya dapat dirasakan pada bahagian itu sahaja.

Memang terasa asing diri ini berada di sini. Tapi atas dasar keramahan dan juga kemahiran interpersonal akhirnya keterasingan diri ini sedikit sebanyak dapat di atasi. Tapi jiwaku tetap merindui suasana & sahabat-sahabat staf di JB. Jika di sana (JB) saya memang seorang yang sibuk dengan perancangan demi perancangan sama ada dari sudut aktiviti Unit Kerjaya & Kaunseling atau Program2 yang dianjurkan oleh kampus, tapi kat sini (Machang) agak boring sebab banyak duduk diam dan tidak ada kerja. Maklumlah, kaunselor seorang lagi tengah cuti bersalin. So, kena tunggu untuk kami sama-sama rancang program2 untuk memastikan visi & misi UKK dan Kampus terus cemerlang. InsyaAllah..

Walau apapun, aku sangat bersyukur segala kesedihan dan kerinduanku pada kampus JB dan sahabat2 staf di sana terubat apabila dapat duduk bersama dengan orang tersayang "my husbandlah". Segala2nya menjadi tenang dan bahagia. That's right, kehidupan ini akan selalu bahagia bila sentiasa berdamping dengan orang yang kita sayang. Begitulah, apabila hati dan seluruh jiwa kita hanya untuk Allah. Sudah pastinya kebahagian dan ketenangan akan sentiasa hadir. Terima Kasih ya Allah di atas pemberian nikmatMu ini. Aku amat bersyukur.

Ya, bila ku hitung kembali hampir 2 tahun kami terpisah, duduk berasingan. memang ia tidak mudah. Namun kerana 'ada'nya Allah, kami saling merestui pengorbanan ini. Begitulah juga perpisahan pada semua sahabat staf di UiTM JB. Terlalu banyak kenangan manis tercipta. Namun semua itu, sebagai hamba Allah perlu redha dan pasrah menerima ketentuanNya. Kerana setiap perkara yang kita inginkan, kita tidak akan kecapi. Pastinya ada salah satu yang perlu dilepaskan demi mencapai sesuatu itu.

Seperti yang Ustaz Pahrol Mohamad Juoi tuliskan di dalam lirik nasyidnya, "Bertemu tidak jemu, berpisah tak gelisah".


Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu
Ia tidak ternilai
Kerana di antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi
Biar berpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu
Berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah…
Namun...
Apa yang penting
Semoga apa yang kita lalui wahai sahabatku
Beroleh Keredhaan dan KeberkatanNya
Kerana itulah tujuan hidup ini.
Pedoman Hidup;
"Usah Ditangisi setiap yang berlaku, kerana pastinya di situ ada hikmah yang tersembunyi yang lebih indah untuk kita kecapi".

2 comments:

  1. salam,

    kami di JB juga seakan2 kehilangan "sentuhan" dan "suara" magis dalam setiap acara..

    ReplyDelete
  2. hihihi...seakan-akan je...Izzah yakin dan percaya pasti akan ada pengganti yang lebih baik cuma bakat-bakat yang terpendam perlu digilap. Em...rindunya dengan orang-orang JB.

    ReplyDelete