Sunday, January 10, 2010

RENUNGAN

TAHUKAH ANDA !!


Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui " Bahawa Allah sahaja Yang patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Pesuruh Allah ".

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauan dan jumlah penduduknya seramai lebih 200 juta orang. sebaik sahaja masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang melaungkan Keagungan Allah swt dan Nabi Muhammad saw.

Proses ini akan bergerak ke arah Barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa timur dan barat Indonesia adalah satu hingga dua jam. Belumpun laungan azan di merata Indonesia selesai, ia bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Myammar dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke srinagar di Barat India. Perbezaan waktu di bandar-bandar Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belumpun berakhir di Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat, Oman. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke Pantai Timur Atlantik. Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke Pantai Timur Atlantik adalah 9 hingga 12 Jam. Belumpun azan Subuh berkumandang di Pantai Timur Atlantik, azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Hal ini berterusan bagi setiap waktu solat dan tidak putus-putus.

Subahanallah, Maha besar & Agungnya Allah, begitu hebat dan agungnya Islam. kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara, maka akan bergegar satu dunia dengan laungan azan yang tiada terputus-putus. Begitulah kehebatan Pencipta Kita. AllahuAkhbar!!!
Petikan dari majalah I, Ogos 2008

Pedoman Hidup:
"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, Nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan ) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" (Muhammad:7)

1 comment:

  1. salam,

    " dan Dialah Allah ( Tuhan ) di langit dan di bumi, Dia mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan yang kamu nyatakan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.." (maksud ayat..)

    ReplyDelete