Friday, May 22, 2009

TENTANG CINTA


Assalamualaikum kepada semua pembaca yang budiman terutamanya engkau yang bergelar wanita..

Ketika ini, hati begitu kuat untuk berkongsi pengalaman tentang CINTA. Semalam seorang pelajar saya datang bertanya kepada saya, Puan kenapa kita perlu jatuh cinta? Kenapa jika di Universiti mesti bercinta (couple)? Saya lantas menguntumkan sebuah senyuman yang indah padanya. Dia bertanya lagi, kenapa puan senyum? Lalu saya mula berkongsi ilmu dan pengalaman tentang cinta padanya (pelajar saya cukup gembira dan tenang selepas itu).


Para pembaca sekalian,

Memang tidak dinafikan persoalan Cinta adalah satu subjek yang sukar untuk dirungkai atau dibincangkan. Cinta mempunyai banyak definisi, maksud dan pengertian mengikut pandangan yang empunya diri masing-masing. Cinta tiada jawapan yang tepat. Cinta itu begitu subjektif. Cinta juga boleh memberi kebahagian atau kemusnahan pada kehidupan. Terpulanglah bagaimana seseorang itu mencanainya.


Cinta adalah isu yang begitu lama diperkatakan. Cinta telah wujud ketika kewujudan Nabi Adam a.s lagi. Cinta Nabi Adam a.s mula berputik apabila baginda melihat sepasang burung dua sejoli bercinta. Lantas tumbuhlah bibit-bibit perasaan Cinta di dalam hati baginda. "Alangkah indahnya sekiranya aku mempunyai pasangan hidup, sudah tentu aku tidak akan merasa keseorangan". (saya terjemahkan ungkapan perasaan Nabi dalam bentuk ayat saya sendiri, lebih kuranglah berbunyi macamtu...). Mendengar rintihan hati Nabi Adam a.s, Allah swt mengiakan impian baginda. Maka diciptakan Siti Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s untuk melengkapkan perasaan tersebut. Alangkah bahagianya baginda ketika itu..Ya memang cinta membuahkan sebuah kebahagian.


Namun, Kekadang cinta akan membawa kemusnahan. Apabila cinta itu tidak dilandaskan dengan Syariat Allah. Cinta yang dasarnya terpatri kerana hawa nafsu. Cinta yang dibina kerana keseronokan duniawi semata-mata. Sebagaimana pengajaran dan peringatan Allah kepada Nabi Adam a.s terhadap cinta terlarang. Di mana Nabi adam a.s telah memakan makanan (buah khuldi) dalam taman larangan yang menjadi lambang nafsu kehidupan duniawi yang menyebabkan Nabi Adam a.s dicampakkan ke dunia. Pengajaran ini telah jelas dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai panduan dan pedoman hidup manusia di dunia.


Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat untuk kita sama-sama bermuhasabah diri.." Cinta kalau bahasanya hati, itulah cinta hakiki. Cinta jika dasarnya Rabbi, Itulah cinta sejati. CINTA pasti diuji kerana mencari sebuah cinta yang hakiki pasti jalannya beronak duri..." Seperti ada pepatah mulia menyatakan " Perjuangan itu pahit, kerana SYURGA itu manis". InsyaAllah kita jumpa di lain bicara...


Pedoman Hidup :


" Cintailah sesuatu itu sekadarnya, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika...Bencilah yang engkau benci itu sekadarnya , berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika..."

2 comments:

  1. salam,

    cinta itu gila..
    cinta makhluk tanda gila..
    cinta Allah, kamu benar2 jadi gila..
    andai tiada gila, maka belum ada cinta..

    ReplyDelete
  2. ye..memang benar. Namun kegilaan itu adalah gila yang dalam erti "kata sebenar".Cinta itu indah, bila ia diletakkan di tempat yang adil.

    ReplyDelete