Thursday, July 16, 2009

ERTI SEBENAR KECANTIKAN!!!!


Para wanita yang dirahmati Allah...

Cantikkanlah dirimu untuk Kecantikan...Cantik adalah pada luarannya, Tetapi Kecantikan adalah pada dalamannya.. BAGAIMANA mendapat KECANTIKAN? Perlu kita fahami kecantikan itu bermula dari DALAM ke LUAR..BUKAN DARI LUAR ke DALAM!!!

Justeru, untuk mendapatkan kecantikan, pertamanya tanamkan di dalam hati IMAN yang benar-benar kuat berdasarkan ILMU yang tepat dan PENGHAYATAN yang tinggi. Kemudian IMAN dibuktikan melalui PERBUATAN yang baik. Dengan Perbuatan yang baik maka lahirlah KECANTIKAN yang SEJATI.

Bagaimana iman itu disusuli dengan perbuatan? Maksudnya di sini, aturlah kehidupan kita mengikut SYARIAT / peraturan ALLAH. Apabila iman ditanam kukuh dalam jiwa, Syariat ditegakkan maka akan berbuahlah AKHLAQ yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi akan menyerlahkan kecantikan yang sebenar. Inilah yang dikatakan KECANTIKAN YANG HAKIKI/SEJATI. Biar wajah kurang Cantik, Tetapi JANGAN Perangai buruk! Apa gunanya mempunyai wajah yang cantik sekiranya ia digunakan untuk menggoda? Apa gunanya bibir yang cantik, sekiranya digunakan untuk mengumpat! Apa gunanya wajah yang indah, sekiranya mendedahkan AURAT?????

Cantik itu tidak salah kerana Allah menciptakan manusia dengan PELBAGAI KECANTIKAN. Tetapi salahnya apabila salah menggunakan KECANTIKAN itu. Ramai orang mengatakan, wanita yang cantik jarang berakhlaq????? diumpamakan bunga yang cantik, jarang yang wangi... Adakah itu satu TAMSILAN yang benar dan patut diiyakan selama-lamanya?? Di manakah letaknya maruah seorang wanita itu!!! Tepuk Dada, Tanyalah Iman kita...Wahai seluruh wanita, paparkanlah dan serlahkan kecantikanmu yang SEJATI. Usah dibanggakan KECANTIKAN lahiriah kerana semua itu hanyalah sementara. Pasti akan hilang di telan Zaman...

Pedoman Hidup:

"Tuhan tidak menciptakan manusia hodoh, tetapi Tuhan menciptakan manusia dengan KECANTIKAN yang Berbeza.."Serlahkan KECANTIKAN DALAMAN, kerana di situlah lahirnya KECANTIKAN SEJATI".

7 comments:

  1. blog akak ni kadang-kadang bile bace mcm ade bunyik2 org ceramah politik pun iye gak...heheheee...jgn marah haa...btol tu kak...org slalu plak ckp yg tutup aurat, tudung litup pun kalau mulut jahat takdek gunanya...sedangkan kalau mulut jahat sekalipun, dgn org satu tu je kita buat dosa...tapi org yg tak tutup aurat ni, sepanjang jalan, sepanjang masa buat org yg tak kena mengena pun berdosa...yg lelaki takkan jalan asyik nk tunduk jer, tapi bile sesekali angkat pandangan, ternampak benda2 yg tak patut dilihat...mata yg melihat dh berdosa...hati yg berkata2 mengutuk tambah berdosa...dosa, dosa, dosa...jgn ingat kalau tak tutup aurat dosa kita ngan Allah jer, ingat org sekeliling kita yg turut sama dapat tempiasnya...

    ReplyDelete
  2. ye ke macam ahli politik? tentang tajuk ini ayat macam org politik? Memang benar, namun ramai mereka di luar sana tahu, tapi buat2 tidak tahu..ntahlah nak jadi apa dengan wanita zaman sekarang ni..Bila kita tidak tutup aurat, bukan sahaja mencemarkan maruah diri sendiri tetapi mencemarkan MARUAH AGAMA ISLAM itu sendiri..di manakah rasa TAKUT!!!!

    ReplyDelete
  3. salam,

    maksiat adalah gelap, pelaku maksiat berada dalam gelap. al haq adalah cahaya pendokongnya berada dalam cahaya dan membawa cahaya bersamanya. apabila cahaya terang, gelap pasti hapus.

    ReplyDelete
  4. mencari cahaya terang bukan mudah...tapi orang yang biasa pasti mengungkapkan "alah senang je, pergi buka suis lampu pastinya timbul cahaya terang". bukan begitu saudara asif?

    bagi mereka yang punya jiwa yang bersih, ia satu analogi perumpaan yang perlu didalami sedalam-dalamnya hingga ke dasarnya.Bagaimana caranya????jawablah wahai hati yang tenang..

    ReplyDelete
  5. salam,

    petik cahaya semudah petik suis? ini analogi mereka yang tidak memahami apa2. jika cahaya ( hidayah kepada iman ) semudah itu, sudah tentu Nabi SAW beri cahaya ( hidayah ) kepada abu talib.

    namun, mafhum firman Allah, " sesungguhnya kamu tidak berupaya memberi hidayah walau kepada orang yang kamu sayang, tetapi Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya.."..

    ReplyDelete
  6. saya suka baca petikan akak ni..:)..seolah2 bg semangat pada insan yg tidak cantik pada pandangan mata manusia...sebab manusia sentiasa merasakan yg cantik itu adalah yg terbaik....

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...
    Ya. Saya sokong sekali dengan entrimu ini. Perlu hiasi diri dengan kecantikan dalaman yang membawa kepada sikap yang sentiasa bertawaduk (merendah diri kepada Allah). Andaikata sikapmu cantik, hiasi ia pula dgn kecantikan paras rupa dengan mempelajari apa yg ada di web page ini:

    Erti Kecantikan Rupa Paras

    Kalau diri itu cantik, maka jgnlah hendaknya perasaan bongkak dan sombong menguasai diri. Sentiasalah tanamkan sifat sedar bahawasanya masih ada yg lebih cantik dari kita. Tq.

    ReplyDelete