Wednesday, July 15, 2009

GELOMBANG KEHIDUPAN

Kehidupan adalah perjuangan!!!

Saudariku, kita perlu sedar bahawa hidup ini bagaikan satu siri GELOMBANG yang datang silih berganti. Ada kalanya, hadir gelombang kecil penuh ketenangan dan ada kalanya hadir gelombang itu besar penuh keganasan. Pada ketika gelombang ganas itu hadir, maka semuanya terasa serba tidak kena. Jika kita tidak mampu mengawalnya, maka akan hancurlah kita bersama gelombang itu. Di situ perlunya kekuatan dalaman mahupun luaran untuk terus mara berhadapannya.


Saudariku, begitulah ibaratnya dunia ini yang penuh fatamorgana. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja ataupun kesusahan semata-mata. Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surutnya dalam kehidupan. Ada senang, ada susah...Justeru dalam kehidupan ini, kita diajar tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin akan muncul kesusahan. Begitu juga, kita diajar tidak boleh terlalu sedih apabila hadirnya kesusahan kerana mungkin selepas itu, Allah akan mendatangkan perkara-perkara yang menggembirakan. Hidup ini penuh dengan HIKMAH yang perlu diselongkar sedalam-dalamnya agar kita dapat belajar tentang KEHEBATAN PENTADBIR SELURUH ALAM INI.


Saudariku, kesedaran tentang hukum Sunanatullah ini akan memberi KETENANGAN dalam kehidupan. Apabila ditimpa kesusahan, rasailah dalam hati...bahawa Ya, selepas ini pasti akan hadir kesenangan. Sabarlah sebentar, kerana kehidupan adalah satu ujian. Apabila kesenangan hadir, jangan kita alpa...kerana pastinya di situ akan hadir kesusahan. Bersiap sedialah menempuhnya. Hakikatnya, tidak ada kesenangan atau kesusahan yang abadi. Walau di dunia kita susah, sudah pastinya ganjaran KEBAHAGIAN akan dikecapai di dunia yang kekal abadi.


Saudariku, cabaran kita bukanlah untuk mengawal perubahan "cuaca" kehidupan itu, tetapi belajarlah mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah. Letakkanlah pegangan, DIA yang paling teratas..Pasti kita akan bahagia. KEHIDUPAN ADALAH PERJUANGAN!!!


Pedoman Hidup:

" Ujian hidup akan hadir dengan pengajaran dan pelajaran. Dan pelajaran itu datang bersama-sama tuntutan perubahan. Jika berkali-kali kita gagal menyesuaikan, maka itu bermakna kita gagal untuk berubah".

2 comments:

  1. salam,

    hidup hakiki adalah hidup selepas mengalami mati. perjuangan sebenar adalah untuk melepasi tahap mati dan terus hidup selamanya.

    " apakah sama dia yang sebelumnya mati ( hatinya ) lalu Kami hidupkan dia ( beri hidayah ) dan menjadikan untuknya cahaya ( iman )lalu dgn cahaya itu dia berjalan di kalangan manusia, dgn dia yang terus bergelumang dalam kegelapan ( kufur ) yang tak boleh keluar dpdnya."

    ReplyDelete
  2. Betapa indahnya mendapatkan perjuangan sebenar-benarnya..Pasti indah yang sukar digambarkan oleh akal yang terbatas.

    Ya Allah, ampunilah aku dari segala dosa-dosaku..ampunilah aku, ku titiskan air mata ini sebagai tanda keinsafanku agar Engkau menghapuskan segala dosa-dosa ini..

    ReplyDelete