Thursday, July 23, 2009

HARI INI...



Hari ini, ingin ku kongsikan perasaan sedih melihat remaja kini sudah semacam hilang harga diri! Berkepit, berdua-duaan sana sini tanpa sedikit rasa segan silunya..Rasa tertampar jua hati ini melihat sikap dan perilaku mereka ini? Inikah matlamat mereka datang menjejak kaki ke Universiti? Itukah yang diingin dihadiahkan atau dipersembahkan kepada ibu dan ayah tercinta? Itukah pelajar yang bakal bergraduat di Universiti ini? Inikah dia remaja yang suatu hari bakal menjadi pemimpin? Sekiranya memimpin diri sendiri tidak mampu, apakah pula untuk memimpin keluarga, masyarakat, negara apatah lagi AGAMA itu sendiri? persoalan ini bermain-main difikiran...


Ya Allah, bagaimanakah harus ku lakukan untuk membendung gejala ini? Berapa ramaikah orang yang mahu memperdulikannya? Berapa ramaikah yang mahu bergading bahu membenterasnya? Berapa ramaikah yang melihat perkara ini satu musibah yang perlu diselamatkan? Persoalan demi persoalan ini berputar ligat mencari-cari sebuah jawapan..


Kadang-kadang bila menegur atau memperkatakan "CINTA", mesti akan keluarlah persoalan "Salahkah Kami Bercinta"?Kami perlukan Cinta! Kami remaja yang memang senonim dengan Cinta!


Bagi saya, tidak salah bercinta! Bercinta adalah fitrah tabi'e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin dicintai dan menyintai adalah naluri (instinct) setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan CINTA seperti jasad perlukan MAKANAN. Oleh kerana CINTA adalah FITRAH, maka sudah pastinya TIDAK SALAH untuk merasai dan menikmati apa itu CINTA. Jika CINTA itu salah, mengapa Allah mengurniakan rasa CINTA???Allah Maha Mengetahui dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Dikurniakan rasa CINTA pasti ada maksud dan tujuan...Bukan kah begitu wahai remaja????


Namun salahnya berCINTA bilamana peraturan CINTA dilanggar sehinggakan berlakunya CINTA TERLARANG!!!sehinggakan ada yang sanggup menjual segala-galanya demi mempertaruhkan KESUCIAN CINTA yang diagung-agungkan. Demi memberitahu bahawa CINTA kita adalah CINTA yang ikhlas/sejati..tetapi semua itu adalah CINTA yang bersalut NAFSU semata-mata!!!CINTA yang tiada MATLAMAT dan TUJUAN..Ibarat pepatah lama yang berbunyi "Habis manis sepah dibuang"..Ketika itulah tiada ertinya CINTA yang dibina..


Pedoman Hidup:

" Manusia akan menjadi hamba kepada apa yang dicintainya, Cintailah sesuatu itu sekadarnya..Jalinkan hubungan CINTA keranaNYA...Pasti engkau temui CINTA SEJATI.."

4 comments:

  1. saya, saya, saya...

    kite boleh join kak izzah jadi pegawai penguatkuasa mencegah maksiat, hehehee...

    kite kan keliwon...skali lalu sume org dh panas bontot...

    ReplyDelete
  2. cinta ciptaan allah hanya untuk persembahan seorang hamba kepada pencipta dan cinta dua pasangan adalah hadiah kepada sang pencipta untuk tenggelam dalam cahaya

    ReplyDelete
  3. salam,

    cinta itu hanya layak disebut oleh dia yang setelah melalui lembah cinta yang membakar hangus dirinya, dan masih dia menemukan saki baki cinta di hatinya..

    ReplyDelete
  4. jika cinta lahirnya kerana pencipta, itu tidak mengapa....tetapi yang membimbangkan cinta yang lahirnya kerana disaluti nafsu!!! Berapa ramai manusia yang hanyut kerana cinta dua insan??yang menjadi malang bilamana mereka yang tahu tapi masih bertopengkan kepura-puraan!Ya, cinta itu masyuk lagi mengasyikkan..bila hati terjerat dalam persoalan cinta, maka di situ perlunya pertimbangan akal yang sebijaknya..

    Remaja, usah hanyut dengan buaian nyayian cinta..usah hanyut dengan indahnya bahasa cinta...usah hanyut dengan alunan kata-kata cinta kerana ia hanyalah berupa kepalsuan semata...

    ReplyDelete