Tuesday, July 14, 2009

KENANGAN INDAH

KURSUS INDUKSI 11 HINGGA 26 MAC 2009


"pertandingan ratu model bola?????"

Inilah kumpulan "BERLIAN" ukhuwwah kami masih terus terjalin
The Best Team...dalam pertandingan.



"pastinya anda mengenali penceramah tersebut? Tengah lantang memberikan analogi tentang erti "NILAI" antara kertas biasa dengan duit".

Tengah praktis nyanyi...nak cari penyanyi vokal yang terhebat di antara yang terhebat...huhu.
"ustazah fatimah wat jelingan maut..takutnyer..."
Saudari, ingin saya kongsikan kata-kata permata yang berbunyi " Jika Anda Tidak Bahagia, Anda Tidak Mampu Untuk Membahagiakan".
Bahagia....
setiap manusia impikan kebahagiaan,
Bahagia yang bagaimana?
Bahagia satu istilah yang Abstrak,
Diertikan mengikut hati masing-masing...
Ada yang menyatakan..
Bahagia kerana punya kemewahan,
Bahagia kerana punya gaji yang lumayan,
Bahagia kerana punya pekerjaan,
Bahagia kerana punya isteri ibarat bulan,
Bahagia kerana punya segala-galanya...
Wahai insan...
Adakah itu pengertian Bahagia?
Adakah bahagia itu yang dicari-cari selamanya?
Adakah bahagia itu yang ingin dimiliki?
Dan adakah itu bahagia hakiki?
Nukilan ini mungkin menjadi persoalan yang memerlukan jawapannya...biarlah hati yang bersih akan menyuarakannya.........
Pedoman Hidup:
" Jika anda mampu membuat diri anda INDAH, maka anda akan mampu melihat KEINDAHAN tiap-tiap sesuatu yang dipandang"

4 comments:

  1. rasa bahagia bila konvo...
    bahagia yg menggembirakan mak, abah dan family

    rasa bahagia bila dapat kerja...
    bahagia yg menggembirakan semua

    rasa bahagia mempunyai duit dan harta...
    bahagia yang tak terbatas

    rasa bahagia pada Pencipta...
    rasa bahagia bersama suami...
    rasa bahagia bersama keluarga...
    rasa bahagia bersama teman-teman...
    rasa bahagia anak-anak yang aku idamkan...
    bahagia itu yang hakiki...
    bahagia yang kini aku cari-cari...
    bahagia yang harus aku cari...
    bahagia yang telah banyak aku ketepi...
    bahagia antara kanan dan kiri...

    satu jawapan, kepastian penuh dugaan...
    risiko yang perlu ku berhadapan...
    memerlukan ketabahan dan kekuatan...
    restu Illahi sentiasa aku harapkan...
    agar aku tidak tersalah jalan...
    agar aku tidak menyalahkan hari kemudian...

    segalanya pasti, hanya aku sendiri...
    menokhtahkan pencarian ini...

    ReplyDelete
  2. Ya, "hanya aku sendiri, menoktahkan pencarian ini"...suka dengan ayat ini.

    ReplyDelete
  3. bahagia adalah hasil setelah mencapai redha Pencipta,
    bahagia hanya lahir apabila hati telah merdeka,
    bahagia saling menggilir antara tenang dan getir,
    bahagia tidak datang bahagia perlu dilahir..
    carilah bahagia kerana bahagia adalah milik kita.
    hindarilah bahagia jika bahagia itu menyebabkan orang lain terseksa..
    kerana bahagia adalah untuk membahagiakan
    bukan untuk menyeksakan..

    ReplyDelete
  4. salam,

    apakah erti bahagia pada penghuni kuburan?

    apabila mereka berkata "Ya Tuhanku, berilah aku barang seketika untuk kembali ke dunia agar dapat ku ucap walau sekali Subhanallah"..

    sekarang, sebelum kita terpaksa meminta perkara yang sama, carilah kebahagiaan dalam zikrullah..

    ReplyDelete