Wednesday, July 15, 2009

GELOMBANG KEHIDUPAN

Kehidupan adalah perjuangan!!!

Saudariku, kita perlu sedar bahawa hidup ini bagaikan satu siri GELOMBANG yang datang silih berganti. Ada kalanya, hadir gelombang kecil penuh ketenangan dan ada kalanya hadir gelombang itu besar penuh keganasan. Pada ketika gelombang ganas itu hadir, maka semuanya terasa serba tidak kena. Jika kita tidak mampu mengawalnya, maka akan hancurlah kita bersama gelombang itu. Di situ perlunya kekuatan dalaman mahupun luaran untuk terus mara berhadapannya.


Saudariku, begitulah ibaratnya dunia ini yang penuh fatamorgana. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja ataupun kesusahan semata-mata. Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surutnya dalam kehidupan. Ada senang, ada susah...Justeru dalam kehidupan ini, kita diajar tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin akan muncul kesusahan. Begitu juga, kita diajar tidak boleh terlalu sedih apabila hadirnya kesusahan kerana mungkin selepas itu, Allah akan mendatangkan perkara-perkara yang menggembirakan. Hidup ini penuh dengan HIKMAH yang perlu diselongkar sedalam-dalamnya agar kita dapat belajar tentang KEHEBATAN PENTADBIR SELURUH ALAM INI.


Saudariku, kesedaran tentang hukum Sunanatullah ini akan memberi KETENANGAN dalam kehidupan. Apabila ditimpa kesusahan, rasailah dalam hati...bahawa Ya, selepas ini pasti akan hadir kesenangan. Sabarlah sebentar, kerana kehidupan adalah satu ujian. Apabila kesenangan hadir, jangan kita alpa...kerana pastinya di situ akan hadir kesusahan. Bersiap sedialah menempuhnya. Hakikatnya, tidak ada kesenangan atau kesusahan yang abadi. Walau di dunia kita susah, sudah pastinya ganjaran KEBAHAGIAN akan dikecapai di dunia yang kekal abadi.


Saudariku, cabaran kita bukanlah untuk mengawal perubahan "cuaca" kehidupan itu, tetapi belajarlah mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah. Letakkanlah pegangan, DIA yang paling teratas..Pasti kita akan bahagia. KEHIDUPAN ADALAH PERJUANGAN!!!


Pedoman Hidup:

" Ujian hidup akan hadir dengan pengajaran dan pelajaran. Dan pelajaran itu datang bersama-sama tuntutan perubahan. Jika berkali-kali kita gagal menyesuaikan, maka itu bermakna kita gagal untuk berubah".

FOR YOU HUBBY.....

MY LOVE

Higher than the
sky above...
Deeper than the
see...
Stronger than the
winter winds...

Blowing through the
tress...
Richer than the
honey's taste...
Sweeter than the
daw....
Greater than the
reach of time...

THIS IS MY LOVE FOR YOU

Tuesday, July 14, 2009

KENANGAN INDAH

KURSUS INDUKSI 11 HINGGA 26 MAC 2009


"pertandingan ratu model bola?????"

Inilah kumpulan "BERLIAN" ukhuwwah kami masih terus terjalin
The Best Team...dalam pertandingan.



"pastinya anda mengenali penceramah tersebut? Tengah lantang memberikan analogi tentang erti "NILAI" antara kertas biasa dengan duit".

Tengah praktis nyanyi...nak cari penyanyi vokal yang terhebat di antara yang terhebat...huhu.
"ustazah fatimah wat jelingan maut..takutnyer..."
Saudari, ingin saya kongsikan kata-kata permata yang berbunyi " Jika Anda Tidak Bahagia, Anda Tidak Mampu Untuk Membahagiakan".
Bahagia....
setiap manusia impikan kebahagiaan,
Bahagia yang bagaimana?
Bahagia satu istilah yang Abstrak,
Diertikan mengikut hati masing-masing...
Ada yang menyatakan..
Bahagia kerana punya kemewahan,
Bahagia kerana punya gaji yang lumayan,
Bahagia kerana punya pekerjaan,
Bahagia kerana punya isteri ibarat bulan,
Bahagia kerana punya segala-galanya...
Wahai insan...
Adakah itu pengertian Bahagia?
Adakah bahagia itu yang dicari-cari selamanya?
Adakah bahagia itu yang ingin dimiliki?
Dan adakah itu bahagia hakiki?
Nukilan ini mungkin menjadi persoalan yang memerlukan jawapannya...biarlah hati yang bersih akan menyuarakannya.........
Pedoman Hidup:
" Jika anda mampu membuat diri anda INDAH, maka anda akan mampu melihat KEINDAHAN tiap-tiap sesuatu yang dipandang"

KEGEMBIRAAN TERSELIT KEPAHITAN



sempat possing dengan kumpulan UNIC
"rasa bangga akhirnya dapat juga pujuk UNIC untuk buat persembahan"
Hadiah buat semua

Alhamdulillah tidak sia-sia bersengkang mata melatih mereka
"memang Group NAHWAN'Z UiTMJB anda Luarbiasa Hebatnya"

Puas dengan persembahan yang disembahkan oleh para pelajar
"walau penat & tidak cukup rehat tapi syukur semua berjalan dengan lancar"


Api kemaraan yang membara,
begitulah kebencian kami terhadap keganasan Israel Laknatullah
"Allah lindungi & selamatkan Bumi Palestin"
Pada 8 Februari 2009, merupakan hari bersejarah dalam diari UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru apabila berjaya mengadakan satu majlis Seminar Amal Palestin. Tujuan penganjuran program ini adalah untuk mengumpul sumbangan melalui “derma kilat” untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin dan seterusnya memberi pendedahan serta meningkatkan kesedaran terhadap penderitaan, kesengsaraan dan keperitan yang dialami oleh saudara seIslam kita di Palestin. Hasil daripada kerjasama dan komitmen yang jitu ditunjukkan oleh semua pihak, akhirnya UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru telah berjaya mengumpulkan RM4817.85, ini merupakan suatu jumlah yang agak besar, yang boleh dibanggakan dengan melihat kepada kapisiti kampus dalam lingkungan hampir 500 orang yang hadir termasuk pelajar dan staf.
"Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana saya dapat menjalankan program ini dengan jayanya. Hasil sokongan padu daripada semua pihak. Sesungguhnya UiTMJB memang luar biasa hebatnya. Namun, kejayaan program ini terselit kepahitan yang terlalu sukar untuk dilupakan. Kenangan itu menjadi sejarah buat diriku sendiri. Aku redha & pasrah dengan ketentuanNYa. Semoga Engkau memberikan aku yang lebih terbaik daripada itu". Ameen.
Pedoman Hidup:
"Belajarlah menerima apa jua yang mendatang kerana di sebalik semua itu, pasti ada hikmatnya. Hiduplah dalam kehidupan yang sebenar. Dan ciptalah hidup dengan Kehidupan bukan Hidup untuk Hidup tetapi hidup dalam kehidupan".

Saturday, July 11, 2009

HATIKU GERSANG?????

Kenapa saat ini jiwaku teramat gersang...pilu....sedih...????

Terbayang segala kenangan di ruang mindaku...Rindunya aku pada semua..

Ku kongsikan semua kenangan indah ini melalui gambar-gambar pilihan diri..Pastinya setiap gambar itu mempunyai 1000 satu makna yang tersirat. Dan terpulang tamsilan kepada empunya diri yang melihatnya...Dan itulah realiti kehidupan yang dilalui oleh semua manusia..Ada suka, ada duka, ada pahit, ada manisnya....






Pedoman Hidup:
"Kita HIDUP dengan apa yang kita dapat TETAPI kita membina KEHIDUPAN dengan apa yang kita beri"

Friday, July 10, 2009

HADIAH ISTIMEWA BUAT PERMAISURI HATIKU











PUISI GELODAK JIWA MUJAHIDKU

ISTERIKU.....

Tahukah kau????
Awan rindu sedang menaungiku?
Dengan keluh kesah ia menerjah ruang hatiku?
Malam ini rindu hadir bersama indah bayangmu..
Sepanjang malam ia terjaga menemaniku....
Meskipun kelam malam semakin hilang.
Kedua mataku tak jua terpejam!
Tatkala siang datang menjelang...
Mataku tetap cerah dan kejang...

Duhai puteri..
Hatiku terkurung dalam rindu dan kasih padamu..
Jiwaku terseksa dengan jauhnya kau dariku..


Duhai permaisuri..
Kembalilah kau ke sisi
Moga hidup ku lebih bereerti
Bersemi kasih bersulam sayang
Dalam menuju cinta Arrahman...

Nukilan hati ini adalah pemberian suami tercinta khusus ditujukan pada diriku...Terima kasih wahai mujahidku...Semoga cinta kita terus kekal hingga ke akhirnya..Ameen.


Pedoman Hidup :

"Jika ingin dicintai dan disayangi...maka berilah cinta dan sayangmu dahulu kerana itu Hukum Kasih Sayang...Jangan dipersoalkan, Mengapa? Kenapa? kita tidak disayangi oleh orang lain????"

SALAM CERIA BUAT SEMUA

Assalamualaikum wbrkth...

Apa khabar para pembaca yang budiman? especially for u women......

Lama rasanya saya tidak update my blog. Rindu sebenarnya..namun disebabkan kengkangan masa dan kesibukan di akhir-akhir bulan 6 dan awal bulan 7 ini semuanya tergendala..Walau apapun bagi mereka yang luar biasa hebatnya! itu bukan satu masalah.

Ya, hari ini saya menyambung semula penulisan saya tentang "GERAKKAN KEHEBATANMU". Berbicara soal ini, suka saya kongsikan pada anda semua. Perkara ini sering saya nyatakan pada mereka yang sering melihat dirinya 'tiada apa-apa yang hebat!, lemah! dan tidak seperti orang lain. Saudara, Setiap insan yang Allah cipta sama sahaja kejadiannya. Punya akal, punya emosi, punya hati, punya fizikal dan punya proses kejadian yang lengkap. Apatah lagi, semua kita berasal dari keturunan yang sama iaitu nabi Adam a.s. Namun, mengapa mereka kelihatan HEBAT??? Jawapannya, ada pada diri anda sendiri. Apa sahaja yang diinginkan, kita boleh capai kerana Ilmu Allah itu tersangat luas terbentang. So, kita fikir-fikirkanlah!

Ok, berbalik kepada perbicaraan tentang tajuk "GERAKKAN KEHEBATANMU", elemen yang ke tujuh ialah "Rangkaian". Apa yang saya maksudkan dengan rangkaian? Rangkaian ialah bagaimana kita membina jaringan atau perhubungan dengan orang lain. Mereka yang hebat bilamana ia pandai Mencipta dan Membina Jaringan. Analoginya mudah sahaja, anda mempunyai ilmu dan bakat dalam apa sahaja bidang, namun, bolehkah pencapaian itu berkembang sekiranya anda diamkan! (hanya berlegar-legar di ruang lingkup anda sahaja). dan tidak dipublish kepada semua? Saya yakin dan percaya, semua itu pasti akan terkubur! Ciptalah beberapa banyak rangakaian / jaringan bagi menggapai impianmu kerana fitrah manusia itu sendiri adalah bermasyarakat / bersosial. So, belajarlah bagaimana kaedah "selling youself" but not jual maruah????

Seterusnya apabila anda sudah mencapai peringkat yang ke tujuh, so bagaimana mempertahankan matlamat / impian anda ialah "Sentiasa Mencari Atau Mencipta Peluang-Peluang dan Idea Baru". Inilah peringkat yang ke lapan. Di sini jugalah terciptanya kuasa-kuasa hebat sekiranya anda mahukan.

Setelah ke lapan-lapan perigkat anda telah penuhi dan kuasai, sudah pastinya KEJAYAAN itu akan anda gapai. Namun, untuk melihat kesinambungan kejayaaan itu terus maju anda perlu menjadi seorang yang KREATIF. dan inilah elemen yang ke sembilan dalam menggerakkan kehebatanmu untuk berjaya.



pedoman hidup:

" kejayaan yang hakiki adalah apabila kejayaan itu di pasakkan dengan iman yang mendalam,gerak kerja yang berterusan dan perancangan yang tersusun"