Saturday, July 25, 2009

KENANGAN TERINDAH!

Rindunyer......:-(

No Entry!! opps, diri & hati ini hanya untuknya...i love u hubby


possing di hadapan suami tersayang..."ayu ke ayang, abang??...mesti punyer!


Bulan madu di luar negara?? seronoknyer...


ikan oh ikan...betapa riangnya melihat gelagat ikan-ikan ini..
berlumba-lumba mendapatkan makanan




KENANGAN TERINDAH BERSAMA SUAMI TERSAYANG!


Menghabiskan masa bersama-sama orang tersayang satu kenangan yang sentiasa ku impikan. Saya juga turut merasakan anda mempunyai pandangan yang sama. Walaupun sekejap bersama-samanya namun, meninggalkan satu lukisan jiwa yang sukar untuk dilupakan. Betullah pendapat menyatakan "perkahwinan....suatu yang boleh menjadi KEBUN PERCINTAAN, namun boleh juga menjadi PUSARA PERCINTAAN"! Bagaimanakah perkahwinan bahagia dibentuk? Terpulanglah pada "satu rasa dua jiwa" yang menciptanya...Semua itu berada di tangan anda!



Sebagaimana firman Allah swt bermaksud yang perlu dihayati bersama-sama sebelum, semasa dan selepas menempuh alam perkahwinan: "Wanita-wanita yang keji (tidak baik) untuk lelaki yang keji (tidak baik). Dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji juga, dan wanita-wanita yang baik (solehah) diperuntukkan bagi lelaki yang baik (soleh), dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula". (An-Nur:26). Firman Allah ini mempunyai psikologi yang cukup mendalam perlu difahami. Betapa hebatnya Allah mendidik dan mengajar kita untuk menjadi hambaNya yang soleh dan solehah. Justeru, marilah bersama-sama kita menyelongkar hikmah di sebaliknya. Wahai muslimah, bersama-samalah kita berdoa supaya Allah sentiasa memelihara dan mendidik kita menjadi wanita solehah, penyejuk di mata dan penawar di hati suami...InsyaAllah.



Mencipta cinta sepanjang perkahwinan bukan didapati secara bakat yang terpendam. Tetapi perlu dibentuk, dicanai dan dicipta melalui pembelajaran, pengalaman dan pendidikan. Ilmu rumahtangga menjadi satu kewajipan untuk dipelajari sebelum menuju "syurga duniawi". Namun, ilmu yang menjulang tinggi tidak berguna sekiranya tidak dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Begitulah juga halnya di dalam melayari alam rumahtangga. Mungkin semasa di alam percintaan, kita akan menyatakan bahawa "aku sudah mengenali pasanganku dan dialah yang paling sesuai buatku". Sebenarnya, setelah melayari bahtera rumahtangga barulah kita mengenali lebih mendalam siapakah sebenarnya pasangan kita. Di situlah perlunya ilmu, pengalaman dan pendidikan terhadap alam rumahtangga dipelajari dan dicipta agar sentiasa terbitnya "Cinta" sepanjang perkahwinan. Perkongsian rasa untuk semua.



Pedoman Hidup:


"Asas pembentukan sesebuah rumahtangga yang bahagia adalah menegakkan keimanan sebagai teras, mengamalkan syariat sebagai peraturan hidup, membudayakan akhlak di dalam segenap ruang kehidupan".

2 comments:

  1. semoga pn izzah kekal bahagia dunia & akhirat :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih buat LittleFinger di atas doa tersebut.

    ReplyDelete