Friday, June 19, 2009

MOTIVASI DIRIMU




Salam...

Hari ini, suka saya ingin kongsikan pengalaman dan rasa hati yang mungkin boleh dijadikan motivasi ke arah yang lebih baik..beberapa hari yang lepas, saya didatangi oleh seorang klien. Puan, berilah petua dalam temuduga dan bagaimana saya ingin menjadi seorang yang berani? Dan banyak lagi soalan yang diajukan, namun cukup dua persoalan ini yang ingin saya kongsikan.

Saya memerhatinya dan cuba untuk memahami situasi dirinya ketika itu, mendalami perasaan dan emosinya serta empati apa yang dilaluinya...Saya memberinya senyuman yang cukup manis dan indah, agar ia merasai aura ketenangan dan rasa dirinya diterima.

Saudara/i, bukan mudah untuk orang menerima dan mempercayai diri kita. Namun, saya yakin bila keikhlasan itu kita pamerkan dan niat kita semata-mata keranaNYa semuanya akan berjalan dengan mudah. Benarlah hadith nabi saw yang bermaksud " Hanya segala amal adalah dengan niat". riwayat Bukhari & Muslim.

Ok berbalik pada persoalan tadi, saya hanya katakan padanya "don't afraid, my dear" , jika pekerjaan itu adalah rezeki untuk anda, tiada siapa atau perkara yang boleh menghalangnya melainkan Allah. Apa yang penting, "u must trust u self" dan yakin dengan ketentuan Allah. Jika anda ikhlas untuk pergi temuduga keranaNya, sudah pasti di situ ada jalan kemudahan dan kekuatan yang diberikan. Yakinlah...




Pedoman Hidup:


"Indahnya hidup ini apabila Allah adalah segala-galanya"

2 comments:

  1. Hidup perlu ada tujuan & matlamat. Yakin dengan kehebatan dirimu.Letakkan Allah adalah segala-galanya.

    ReplyDelete
  2. Ye, yakin dengan kebolehan dan kelebihan diri. Kerana penciptaan Allah adalah sempurna. Carilah kesempurnaan itu. Jika engkau melihat si dia lebih hebat, sebenarnya engkau lebih hebat. So, selongkarlah kehebatanmu.

    ReplyDelete