Tuesday, June 23, 2009

GERAKKAN KEHEBATANMU


STRIVE FOR SUCCESS ESPECIALLY FOR WOMEN!!!


Para muslimah @ wanita yang dikasihi, saya menyambung semula perbicaraan tentang Gerakkan kehebatanmu dalam erti kata KENALI DIRI UNTUK BERJAYA. Jika tulisan yang lalu saya menyentuh 3 elemen penting iaitu "Gerakkan Inisiatif Diri, Ucapkan/suarakan dan ketiga Aktifkan/Gerakkan segala Momentum" apa yang anda inginkan.


Setelah anda gerakkan ketiga-tiga perkara tersebut, keempat ialah PENGETAHUAN. Anda harus mencari atau mendapatkan seberapa banyak ilmu. Melalui ilmu itu, menjadikan anda yakin dan bermotivasi dengan potensi diri anda. Dengan ilmu juga, segala perancangan anda akan dapat dibentangkan dengan jayanya.


Kelima, GERAK HATI. Dengan adanya perancangan dan ilmu /idea, anda harus mempunyai gerak hati (Naluri) dalam Memilih Haluan. Anda harus tahu di mana dan ke mana anda hendak tuju!

Keenam, BIJAK. Apabila lengkap perjalanan 1 hingga 5 (perkara satu hingga kelima), so anda perlu KEBIJAKSANAAN. Kebijaksanaan?? macam mana nak jadi bijak? Bagi saya, setiap insan Allah telah mencampakkan sifat kebijaksanaan pada dirinya. Cuma terpulang bagaimana ia mengasah kebijaksanaan itu melalui peluang-peluang yang terbuka luas. So fikir-fikirkanlah..."kerana kebijaksanaan seseorang itu juga akan menjadi hebat bilamana ia sentiasa menggunakan akal fikirannya". Berfikir menggerakkan diri mencari kebenaran, mengenal pasti kebaikan. Justeru berfikir pasti akan bertemu bekal dan kebenarannya. Perkara ini jelas di dalam firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi yang berfikir (ulul albab). (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ‘Wahai Tuhan kami Kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka’.” (surah Ali-Imran ayat 190-191).


Sekiranya kebijaksanaan itu telah ada barulah diikuti dengan KEKAYAAN. Sekiranya kekayaan ditangan, so bagaimana untuk kita mempertahankkannya???Oleh itu, kita perlu bergerak ke peringkat yang keTUJUH...Apa peringkat yang ketujuh itu??? InsyaAllah saya akan sambung semula perbicaraan ini.


Semoga perkongsian ini ada manfaatnya.

Pedoman hidup:

"Ilmu merupakan pintu gerbang kepada segala kebaikan"

2 comments:

  1. semakin hebat ayg abg menulis. kejayaan yang hakiki adalah apabila kejayaan itu di pasakkan dengan iman yang mendalam,gerak kerja yang berterusan dan perancangan yang tersusun.semoga kejayaan menjadi milik ayg

    ReplyDelete
  2. Terima kasih wahai mujahidku..Ya, memang benar. itulah kuncinya.setelah ke 9 elemen yang dikongsikan nanti, kuncinya perlu kepada 3 perkara yang abang nyatakan. Di situlah, terbitnya kejayaan yang hakiki.

    ReplyDelete